Siakap Keli
david soul meninggal dunia
Kredit ABC, AFP

Pelakon Siri “Starsky & Hutch”, David Soul Meninggal Dunia

Pelakon Siri “Starsky & Hutch”, David Soul Meninggal Dunia

Pelakon, David Soul, yang terkenal dalam siri televisyen “Starsky & Hutch” dilapor telah meninggal dunia pada usia 80 tahun, lapor Sky News.

Berita kematian pelakon kelahiran Amerika Syarikat itu telah dikongsikan oleh isteri mendiang, Helen Snell.

“David Soul, suami tercinta, ayah dan datuk telah meninggal dunia semalam selepas bertarung nyawa di sisi keluarga tercinta.

“Dia berkongsi banyak perkara dalam dunia sebagai pelakon, penyanyi, pencerita, artis kreatif dan rakan yang dikasihi.

“Senyuman, tawa dan semangatnya untuk hidup akan diingati oleh ramai orang yang tersentuh olehnya,” kata Helen Snell.

Difahamkan, David Soul telah meninggal dunia pada hari Khamis sambil dikelilingi oleh kaum keluarganya.

David cukup dikenali dengan peranannya sebagai Detektif Kenneth “Hutch” Hutchinson di samping Paul Michael Glaser sebagai Starsky.

Siri penyiasatan jenayah yang disiarkan dari 1975 hingga 1979 itu cukup terkenal pada waktu kemuncak tayangannya itu.

Selain siri popular tersebut, David juga terkenal dengan peranannya dalam “Here Come The Brides“, “Magnum Force” dan “The Yellow Rose“.

Pada 2004, David dan Paul Michael sekali lagi telah terlibat dalam pembikinan semula Starsky & Hutch. Siri pembikinan semula itu dibintangi oleh Ben Stiller sebagai Starsky dan Owen Wilson Sebagai Hutch.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sky News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka