Siakap Keli
Gambar: syafkun via TikTok

Ini Cara Kupas Kulit Udang Guna Sudu & Garpu

Ini Cara Kupas Kulit Udang Guna Sudu & Garpu

Pernah tak, ketika anda sedang menikmati hidangan anda di kedai makan bersama rakan-rakan atau keluarga, anda tiba-tiba dicuit oleh rakan atau ahli keluarga anda.

Apabila anda pandang mereka, mereka buat muka kesian dan menunjuk ke arah udang di pinggan mereka yang mempunyai kulit.

Dari situ, anda tahulah mengapa anda tiba-tiba dicuit. Mereka nak anda kupaskan kulit udang itu untuk mereka. Terpaksalah anda berhenti makan untuk membantu mereka.

Kalau bukan orang lain yang mencuit anda untuk meminta pertolongan kupaskan kulit udang, mungkin anda sendiri yang menjadi orang itu. Lebih-lebih lagi apabila anda perlu kupas kulit udang menggunakan sudu dan garpu.

Pasti anda rasa leceh, kan? Apa kata anda belajar cara kupas kulit udang melalui perkongsian ini? Senang je sebenarnya!

Cara Kupas Kulit Udang

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Syafkun di platform TikTok, dia menunjukkan cara mengupas kulit udang yang sangat mudah.

Mula-mula, anda potongkan dulu kepala udang itu. Selepas itu, dengan garpu anda, anda cucuk bahagian luar kulit udang itu. Kalau nak senang, anda kira tiga kulit daripada kepala yang dipotong tadi.

Gambar: syafkun via TikTok

Tujuan anda cucuk bahagian luar kulit dan bukan di bahagian dalam adalah kerana anda akan tolak kulit itu dari bahagian dalam.

Gambar: syafkun via TikTok

Sebelum itu, anda gunakan sudu untuk buangkan kaki udang tersebut. Selepas itu, barulah anda tolak kulit itu dari bahagian dalam untuk membuangnya.

Kemudian, pada bahagian isi udang yang sudah tiada kulitnya, anda cucuk garpu pada bahagian isi itu. Apabila bahagian isi sudah dicucuk, anda gunakan sudu pula untuk mengepit ekor udang tersebut.

Pastikan sudu anda berada dalam keadaan senget dan bukannya tegak. Jika tidak, bahagian ekor itu akan putus.

Gambar: syafkun via TikTok

Kepitkan ekor itu dengan sudu dan perlahan-lahan tarik ekor ke arah kanan. Kulit udang itu akan tertanggal sekali gus daripada isi udang itu dan tiada bahagian yang akan terputus.

Gambar: syafkun via TikTok

Haa, senang je kan? Mungkin lagi mudah untuk gunakan tangan, tapi kalau nak makan pakai tangan ni, kena ikut kesesuaian tempat dan keadaan juga. Lagipun, tidak salah kalau anda nak belajar cara kupas kulit udang menggunakan sudu dan garpu, kan?

@syafkun

Cara kopek udang

♬ original sound – syafkun – syafkun

Sumber: syafkun via TikTok

BACA JUGA: Anak Dituduh Pecahkan Iron Man, Ayah Nafi & Buka Cerita Sebenar

Nurul Alya