Siakap Keli
lelaki terjatuh kondominium
Kredit: BERNAMA

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kondominium Selepas Tikam Isteri

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kondominium Selepas Tikam Isteri

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak, di sini, selepas bertengkar dan menikam isterinya pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, suspek berusia 44 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya akibat salah faham sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

“Lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium tersebut dan ditemukan mati berhampiran kolam renang tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isteri kepada lelaki berkenaan berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada, kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Pada Disember tahun lalu, seorang mahasiswa sebuah universiti maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur dipercayai semasa hendak mengambil pakaiannya.

Polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 8.17 malam, dan mayat remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemukan di tingkat bawah bangunan 39 tingkat berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bekas Teman Lelaki Antara Tiga Ditahan Larikan Pelajar Sekolah Di Kepong

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana