Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sadio mane stadium
Gambar via IGIHE Sports

Tunai Janji, Sadio Mane Ubah Padang Berlecak Jadi Stadium

Nurul Alya

Tunai Janji, Sadio Mane Ubah Padang Berlecak Jadi Stadium

Bintang bola sepak Al-Nassr, Sadio Mane, meneruskan usaha bakti di tanah airnya, Senegal dengan membina sebuah stadium baharu untuk penduduk kampung halamannya di Bambali.

Sadio Mane telah pulang ke tanah airnya untuk pembukaan rasmi stadium itu menjelang kem latihan di negaranya untuk Piala Negara Afrika di Ivory Coast.

Tahun lalu, Sadio Mane kelihatan bermain bola sepak di sebuah padang yang berlecak di Bambali selepas mengharungi musim sukar di Eropah apabila meninggalkan Bayern Munich.

Gambar-gambar yang diambil ketika perlawanan komuniti yang disertai olehnya itu telah menjadi tular.

Pada ketika itu, bintang bola sepak Al-Nassr tersebut telah berjanji untuk memperbaiki padang berkenaan untuk penduduk kampung halamannya.

Kini janjinya itu telah ditepati dan pembukaan rasmi stadium itu dihadiri orang-orang kampung dan kenamaan di Bambali seperti yang dikongsi di platform X oleh IGIHE Sports.

“Saya sangat gembira dapat bersama dengan anda semua hari ini dan saya mahu mengalu-alukan anda ke kampung halaman saya di Bambali di mana semuanya bermula.

“Dengan penuh rasa bangga dan hati yang penuh dengan rasa gembira, saya berdiri di hadapan anda di padang bola sepak bertaraf FIFA ini, yang sangat bermakna untuk saya.

“Ini bukan sahaja hadiah saya kepada kampung kesayangan saya. Yang paling penting, ini merupakan lambang perpaduan kita, kekuatan dan minat kita terhadap bola sepak,” katanya yang dipetik oleh Wiw Sport.

BACA JUGA: Ini Cara Kupas Kulit Udang Guna Sudu & Garpu

Selain itu, pemain bola sepak berumur 31 tahun terbabit akan mengetuai pasukan Teranga Lions untuk AFCON di Ivory Coast dengan matlamat untuk mempertahankan trofi yang telah dimenangi di Cameroon pada 2022.

Senegal telah diundi untuk berada di dalam Kumpulan C bersama Cameroon, Guinea dan Gambia.

Sementara itu, Sadio Mane sedang menikmati musim bola sepak yang baik dalam Liga Pro Saudi setelah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan, berganding dengan ‘kuda tua’ Portugal Cristiano Ronaldo.

Sumber: Sports Brief