Siakap Keli
kanak-kanak perempuan tertusuk besi
Kredit: BERNAMA

Budak Lima Tahun Maut, Leher Dipercayai Tertusuk Besi Ampaian

Budak Lima Tahun Maut, Leher Dipercayai Tertusuk Besi Ampaian

Seorang kanak-kanak dilapor maut selepas leher dipercayai tertusuk dengan ampaian, lapor Sinar Harian.

Kejadian melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu berlaku ketika mangsa bermain di kediaman keluarganya di Batu Caves, pada Sabtu lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan yang dibuat mendapati mangsa bermain-main dengan besi ampaian yang berada di dalam rumah tersebut.

“Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

“Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujar Hussein Omar Khan lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, dalam kejadian yang lain mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki yang ditemukan di dalam tong sampah di longkang tepi jalan di Alor Gajah pada 31 Dis lepas, bukanlah mangsa dalam kes kehilangan yang dilaporkan di Batu Pahat, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata hal ini kerana perbandingan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat itu yang dijalankan menerusi ahli keluarga tidak sepadan dengan mangsa kes kehilangan terbabit.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Kanak-Kanak Yang Hilang Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Ditemukan Lemas 

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana