Siakap Keli

Isteri Curiga Suami Kalut Bila Fon Bunyi, Rupanya Dah Terkena ‘Gangguan’

*Artikel ini dibawakan oleh Forum Kandungan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (CMCF)

Isteri Curiga Suami Kalut Bila Fon Bunyi, Rupanya Dah Terkena Gangguan

Kehidupan sebagai suami isteri boleh diibaratkan seperti kapal yang berlayar di lautan. Ada kalanya, suasana harmoni dan bahagia umpama kala yang berlayar di lautan yang tenang di langit yang cerah.

Ada juga masa, pasangan berdepan dengan krisis yang sedikit sebanyak mengganggu dinamik antara kedua-dua pasangan.

Lagi-lagi pada zaman digitalisasi, boleh dikatakan hampir setiap masa korang akan ‘berdamping’ dengan telefon pintar.

“Kenapa dia asyik tengok phone je? Lagi-lagi kalau ada bunyi notification, bukan main gelabah dia,”

Sebagai seorang isteri, apa yang terlintas dekat fikiran korang bila suami asyik kalut dengan telefon, lagi-lagi bila ada bunyi notification masuk?

Secara logiknya, kita akan berasa curiga kerana terdapat kemungkinan bahawa si suami ada sorokkan ‘sesuatu’ daripada pengetahuan kita.

Namun begitu, adalah lebih baik jika selesaikan dengan cara baik iaitu dengan menyelami masalah masing-masing

Hal ini kerana, terdapat kemungkinan si suami sebenarnya sudah terkena ‘gangguan’ di media sosial. ‘Gangguan’ dimaksudkan adalah kecenderungan menggunakan peranti untuk pelbagai perkara.

Suami isteri gangguan
Kredit: Bernama

Perkara ini menyebabkan seseorang individu berasa cemas bila tak tengok fon, obses dengan prestasi kandungan yang diterbitkan sendiri, ataupun terlalu bimbang terlepas sesuatu isu semasa.

Si isteri pula jangan mengambil tindakan terburu-buru, sebaiknya kenal pasti dulu apa penyebabnya.

“Kalau dah terkena ‘gangguan’ ni? Takkan takde penawar langsung?”

‘Gangguan media sosial’ ini sebenarnya boleh diubati sendiri, dan sebagai pasangan suami isteri adalah lebih baik untuk berikan sokongan.

Untuk makluman, perkara sebegini bukan sahaja terhadap pasangan suami isteri, tetapi turut berlaku dalam hubungan persahabatan dan ahli keluarga lain.

Apa tanda-tanda jika seseorang itu mengalami gangguan media sosial?

Antara gejala bagi gangguan ini a dapat menumpukan perhatian ketika berbual dan melakukan sesuatu perkara seperti kerja rumah dan memandu.

Selain itu, individu tersebut menunjukkan perubahan sikap secara drastik seperti bersikap peramah pada awalnya, tiba-tiba bertukar menjadi seseorang yang dingin.

Gangguan ini juga membawa kesan terhadap anggota badan individu apabila mereka sering mengadu mengalami kesakitan leher dan mata menjadi mudah lesu.

Kredit: Bernama

Jadi, orang yang berada sekeliling individu yang terkena gangguan ini, tak kira pasangan, rakan-rakan perlu menghulurkan bantuan untuk menangani perkara ini.

Hal ini kerana, orang yang berada dalam ‘circle’ individu tersebut dapat membantunya untuk menangani masalah ini secara efektif.

Korang pun boleh membantu individu berkenaan dengan mengesyorkan kaedah Digital Detox.

Digital detox adalah suatu tempoh masa seseorang tidak menggunakan langsung peranti seperti telefon pintar, laptop mahupun platform media sosial.

Bagi individu yang sudah terkenal gangguan ini, langkah ini perlu diambil kerana dapat meningkatkan kesejahteraan mental, tumpuan dan produktiviti.

Selain itu, digital detox dapat membantu individu berkenaan untuk ‘berpaut semula’ pada dunia realiti dan meningkatkan daya kreativiti.

Jelaslah bahawa digital detox adalah satu tindakan yang wajar dilakukan bagi menangani perkara.

Suami isteri gangguan
Kredit: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)

Secara umumnya, perkara ini tidak sukar untuk dijalankan dan anda sendiri boleh lakukan sendiri tanpa bertemu dengan mana-mana pihak.

1. Letakkan ‘limit’ untuk ‘screen time’ anda.

Peranti terbaharu kini menawarkan ciri untuk menjejak masa yang diluangkan pada aplikasi tertentu serta menetapkan had penggunaan.

2. Set tetapan ‘Monochrome’ pada paparan telefon pintar

Ciri ini turut dikenali sebagai ‘super battery saving mode, bed time mode’ yang mana akan membuatkan paparan phone korang bertukar menjadi warna hitam putih.

Melihat paparan dalam warna hitam dan putih mungkin kelihatan membosankan, tetapi mengurangkan godaan untuk menatal skrin phone lebih lama.

3. Senyapkan semua jenis ‘notification’ yang tak perlu

Kebanyakan notification yang diterima pada waktu malam biasanya tidak penting. Maka, korang boleh tetapkan ‘Do Not Disturb (DND)’ untuk membantu korang tidur dengan tenang, tanpa sebarang gangguan.

4. Bina hobi baharu

Kenal pasti satu aktiviti yang dah lama korang nak buat dan dedikasikan masa tersebut untuk libatkan diri hobi tersebut.

Oleh sebab itu, para isteri dinasihatkan tidak cepat cemas atau berasa curiga apabila berdepan dengan situasi macam ni.

Gangguan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina, jadi sebagai orang sekeliling boleh cuba seperti nasihat yang dikongsikan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di Instagram, Tiktok, Facebook serta laman web rasmi mereka di sini.

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma