Siakap Keli
hotel mewah jadi rumah
Kredit: South China Morning Post

Dah Taknak Duduk Flat, Lapan Beranak Pilih Hotel Mewah RM653 Sehari Jadi Rumah

Dah Taknak Duduk Flat, Lapan Beranak Pilih Hotel Mewah RM653 Sehari Jadi Rumah

Baru-baru ini, tular di media sosial China sebuah keluarga yang terdiri daripada lapan orang memilih untuk menginap di hotel mewah dengan bayaran RM653 sehari selama melebihi 200 hari, lapor South China Morning Post.

Keputusan itu dibuat selepas keluarga yang berasal dari bandar Nanyang di wilayah tengah Henan itu tidak mahu lagi tinggal di kediaman lamanya di sebuah flat.

Difahamkan, keluarga besar tersebut mengambil sebuah bilik suite yang dilengkapi dengan ruang tamu dan dua bilik berkembar.

Dalam video tular itu boleh dilihat beberapa ahli keluarga sedang mengelilingi meja untuk menikmati buah.

“Hari ini (semalam) ialah hari ke-229 kami menginap di hotel.

“Bilik itu berharga kira-kira RM653 sehari. Keluarga kami yang terdiri daripada lapan orang hidup dengan sangat baik,” kata kata Mu Xue, salah seorang dari ahli keluarga tersebut sambil menambah bahawa ia adalah kadar sewa jangka panjang yang diberikan oleh pihak hotel.

Menurutnya, oleh kerana harga termasuk dengan semua kemudahan, pihak hotel tidak mengenakan sebarang caj tambahan dikenakan tempat letak kereta, pemanas, air dan elektrik.

BACA: ‘Banyak Ragam’, Ini Sebab Kenapa Budak Sekolah Suka ‘Healing’ Kat Tandas

BACA: “Rendam Dengan..”, Ni Cara Betul Panaskan Roti Canai “Frozen”

Tidak dinafikan, mereka sekeluarga mengatakan lebih selesa dengan gaya hidup yang tidak konvensional itu sehingga merancang untuk menghabiskan sisa hidup dalam kemewahan.

“Kami berasa gembira tinggal di sini, jadi kami merancang untuk tinggal di hotel sepanjang hayat kami,” katanya.

Dalam temu bual berasingan, Mu menceritakan tentang latar belakang keluarganya di mana mereka memiliki enam hartanah dan pada ketika ini kewangan mereka dalam keadaan stabil.

“Saya tidak pernah terfikir cara hidup ini akan membantu menjimatkan wang. Saya hanya rasa ia memudahkan segala-galanya,” ujarnya.

Kisah Mu dan keluargnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai di mana sesetengah mereka berpendapat perkara tersebut tidak masuk akal, manakala yang lain memberi sokongan kepadanya.

Menurut platform maklumat hartanah tanah besar, Anjuke, purata sewa untuk sebuah apartmen dengan dua bilik di Shanghai telah mencecah sehingga RM13,000 sebulan tidak termasuk utiliti.

Sumber: South China Morning Post

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana