Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pegang rambut wanita bukan ajnabi
Kredit AFP

Hukum Lelaki Ajnabi Pegang Rambut Wanita Yang Sudah Dipotong

Syed Faisal Sayed Muhammad

Hukum Pegang Rambut Wanita Ajnabi Yang Sudah Dipotong

Sebagai seorang Islam, menjaga batas aurat antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah sangat dititikberatkan.

Batas aurat antara lelaki dan perempuan bukan sahaja melibatkan sentuhan kulit, malah melibatkan batas-batas aurat yang perlu dipelihara daripada pandangan mata.

Lalu timbul persoalan, bagaimana pula rambut bukan mahram yang sudah dipotong atau gugur dan terpisah daripada anggota badan?

Apakah hukumnya jika kita sentuh atau pegang rambut ini?

Persoalan yang timbul di benak pemikiran seorang warga maya ini kemudian diajukan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kemudian mengeluarkan ulasan bagi menjawab persoalan tersebut. Jom kita belajar bersama-sama di bawah.

Soalan

Assalammualaikum. Saya menyapu kawasan kaki lima di depan kedai gunting muslimah, pada masa sama saya pegang rambut yang gugur dengan sangkaan yang kuat itu rambut wanita. Adakah termasuk saya memegang aurat wanita? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong. Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang, ia juga wajib ditanam.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لأَن يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيدٍ خَيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأةً لَا تَحِلُّ لَهُ

Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik baginya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).

Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)

Menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat. Begitu juga, haram memegang wajah wanita ajnabi secara mutlak walaupun boleh melihat. Bukan sekadar itu sahaja, anggota yang terpisah haram juga dipegang seperti potongan kuku tangan, atau kaki dan rambut wanita. Anggota tersebut juga wajib ditanam,

Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan walaupun wajah wanita tetap tidak boleh disentuh. Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi.

Wallahu A’lam

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan