Putera Brunei Kesayangan Ramai, Ini 5 Fakta Menarik Berkenaan Putera Mateen
Hari ini, putera kesayangan Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat diijabkabulkan denganYang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.
Putera yang lahir pada 10 Ogos 1991 ini boleh dianggap sebagai seorang selebriti kerana ketampanan serta personalitinya.
Maka tak hairanlah Putera Mateen memiliki lebih 2.5 juta pengikut di Instagram (@tmski).
Justeru, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa fakta menarik mengenai Putera Mateen.
Ini merupakan 5 fakta menarik mengenai Putera Mateen
Lulusan dari Royal Military Academy Sandhurst
Putera Mateen merupakan lulusan daripada salah sebuah akademi ketenteraan berprestij di dunia iaitu, Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) pada 2011.
Akademi tersebut turut pernah dihadiri oleh beberapa individu ternama di seluruh dunia termasuklah Putera Diraja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Beliau telah lulus daripada akademi tersebut dengan mendapat pangkat Leftenan Muda.
Selain itu, putera tersebut memiliki Ijazah Sarjana dari School of Oriental and African Studies, University of London.
Memiliki haiwan peliharaan luar biasa
Biasanya orang ramai rata-rata memilih kucing sebagai haiwan pelihataan. Namun, Putera Mateen memiliki haiwan peliharaan yang unik iaitu harimau.
Beliau telah memuat naik fotonya bersama haiwan peilharaan tersebut menerusi laman Instagram beberapa kali.
Pada Julai 2016, beliau telah memuat naik foto dirinya bersama dua ekor harimau dengan kapsyen “Father of tigers”.
Manakala pada Ogos 2016 pula, Putera Mateen sekali lagi bergambar dengan haiwan peliharaannya sambil berbaring di sebuah ruang yang terbuka.
Dikelilingi dengan barangan yang mewah
Kerabat diraja sudah semestinya tidak dapat dipisahkan dengan barangan mewah seperti pakaian, kereta, aksesori, minyak wangi dan sebagainya.
Pada Mac 2014, Putera Mateen pernah berkongsi foto Ferrari 12 berwarna kuning yang baru dibeli ketika itu.
“Beautiful beast #f12 #berlinetta #ferrari,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Bukan itu sahaja, putera tersebut turut dilihat kerap menggayakan pelbagai jam tangan mewah.
Pada Januari 2014, beliau dilihat mengenakan seutas jam tangan Patek Philippe Calatrava.
Untuk makluman, jam tangan ciptaan Antoni Patek dan Adrien Philippe itu memang dikenali sebagai salah satu jenama quiet luxury brand.
Harga jam berkenaan dianggap terlalu tinggi dan hanya mampu dimiliki oleh golongan ultra kaya.
Penyokong setia ‘Glory Glory Man United’
Sama seperti majoriti lelaki diseluruh dunia, Putera Mateen juga merupakan peminat sukan bola sepak.
Liga bola sepak yang diikuti beliau adalah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Secara spesifiknya, beliau merupakan penyokong tegar salah satu kelab bola sepak terkemuka di EPL iaitu Manchester United.
Pada Mei 2016, putera tersebut telah memuat naik foto dirinya menyaksikan perlawanan pasukan tersebut dengan mengenakan tanda pagar #GGMU.
Tidak kekok dengan kuda
Seperti putera dalam kisah-kisah fairy tale, Putera Mateen juga dilihat sering berdampingan dengan kuda.
Selain berkuda, beliau juga merupakan atlet sukan polo dan pernah mewakili Brunei dalam acara itu di Sukan SEA.
BACA: Isteri Curiga Suami Kalut Bila Fon Bunyi, Rupanya Dah Terkena ‘Gangguan’
Sumber: Liputan