Siakap Keli
Gambar: ahzalike via TikTok

Resipi Punten Jawa, Ibarat Nasi Lemak Kepal

Resipi Punten Jawa, Ibarat Nasi Lemak Kepal

Kalau di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji. Bukan setakat Malaysia, penduduk negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia dan China juga gemar makan nasi.

Selain daripada makan nasi dengan lauk-lauk yang dihidangkan, nasi ini juga kebiasaannya akan dijadikan nasi goreng sekiranya ada lebihan. Kalau bukan nasi goreng, mesti akan ada yang masak nasi lemak, kan?

Nasi lemak merupakan antara makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Ia boleh dimakan tidak mengira waktu pagi, tengah hari ataupun malam.

Bercakap pasal nasi lemak pula, anda tahu tak ada makanan Jawa yang cara masakannya sama macam nasi lemak tetapi dimakan dengan sambal hijau? Kalau nak tahu, ia dipanggil Punten dan inilah resipi Punten Jawa.

Bahan-Bahan

Untuk membuat punten, anda memerlukan secawan beras, dua helai daun pandan, sekotak santan, setengah biji bawang besar dan lima ulas bawang putih.

Anda juga perlukan, cili padi, ikan bilis, asam keping dan juga gula.

Cara-Cara Membuat

Mula-mula anda sediakan nasi dulu. Gunakan secawan beras dan bersihkan. Bersihkan juga daun pandan dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras.

Selepas itu, masukkan juga tiga cawan santan dan juga garam secukup rasa. Masak nasi seperti biasa.

Sementera menunggu nasi untuk masak, anda boleh sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal hijau. Untuk sambal hijau, anda perlu kisar tiga ulas bawang putih dan beberapa biji cili padi mengikut tahap kepedasan anda. Hiriskan juga dua ulas bawang putih yang lain dan bawang besar.

Kemudian, anda gorengkan ikan bilis sehingga garing dan gunakan lebihan minyak untuk tumis bawang putih dan bawang besar itu. Tumis sehingga naik bau dan barulah anda masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

Sekiranya nasi sudah masak, anda boleh kais dulu nasi itu supaya ia tidak berkerak dan biarkan periuk dalam mod keep warm.

Untuk sambal hijau, bahan yang ditumis itu anda tambahkan asam keping, sedikit garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan gaulkan bersama. Bila dah siap masak sambal hijau, anda masukkan dalam bekas yang bersesuaian.

Untuk nasi pula, anda keluarkan daun pandan daripada periuk nasi itu dan lenyekkan nasi sehingga ia halus. Kemudian, anda bentukkan nasi. Kalau nak senang, anda boleh gunakan senduk nasi untuk membentukkannya.

Bila dah siap bentukkan nasi, anda hidangkan atas pinggan. Jangan lupa hidangkan dengan sambal hijau untuk dimakan bersama tau! Kalau tak, tak lengkaplah Punten Jawa anda. Selamat mencuba!

@ahzalike

Resepi Punten Jawa #resepimudah #LearnOnTikTok #resepisimple #masakanjawa #masakanmalaysia #masakankampung #menukampung

♬ original sound – AHZALike – AHZALike

Sumber: ahzalike via TikTok

BACA JUGA: Legenda Bola Sepak Jerman, Franz Beckenbauer Meninggal Dunia

Nurul Alya