Siakap Keli
MADAD PTPTN geran permulaan solat subuh
Kredit: Facebook

Geran Khas RM10k Untuk Kanak-kanak Datang Subuh Berjemaah Di MADAD

Geran Khas RM10k Untuk Kanak-kanak Datang Subuh Berjemaah Di MADAD

Pusat Dakwah Murtadha (MADAD) memaklumkan geran khas sebanyak RM10,00 disediakan untuk kanak-kanak konsisten solat subuh berjemaah di masjidnya.

Menurut Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Yaakub Yusra, pemberian geran tersebut hasil kerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara berkenaan diumumkan oleh beliau melalui satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook.

“RM10 ribu geran khas permulaan untuk anak-anak yang datang subuh berjemaah di Masjid MADAD,” katanya.

Bersama hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar pertemuan bersama CEO dan wakil PTPTN di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau berasa amat bersyukur kerana urusan dan perbincangan bersama PTPTN berjalan lancar .

“Khabarkan sahaja program yang bagi manfaat pada orang ramai, mereka akan mudahkan dan teruja untuk merealisasikannya,” kata beliau lagi.

Pupuk sifat istiqamah untuk solat Subuh berjemaah dan menabung untuk masa depan

Dalam projek usahasama ini, pihak MADAD akan memilih kanak-kanak yang paling konsisten menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid MADAD.

Kanak-kanak yang terpilih pula akan mendapat tabungan khas dari geran tersebut untuk dimasukkan secara terus ke dalam akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional).

Jelasnya, perkara ini adalah untuk memupuk sifat istiqamah dalam menunaikan solat subuh berjemaah di surau, pada masa yang sama menyediakan simpanan untuk menyambung pengajian pada peringkat tertiari.

“Budaya menabung ini sangat kritikal untuk orang kita, berbelanja macam tak ada hari esok.

“Sedangkan menabung ni Allah ajar kita dalam al-Quran melalui surah Yusuf,” kata pendakwah bebas tersebut lagi.

Pada akhir hantaran, Ustaz Yaakub meminta doa orang ramai agar program ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang digerakkan bersama seorang selebiriti tempatan, Alif Satar mula mendapat tempat dalam masyarakat.

Tujuan kempen itu dijalankan antara lain adalah untuk mengajak orang ramai seiisi keluarga menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

BACA: Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini

Sumber: Mohammad Yaakub Yusra via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma