Madad Soccer Academy Cari Bakat Baharu Bola Sepak Bermula Esok
Sukan bola sepak telah melahirkan ramai bintang-bintang terkemuka. Kebanyakan daripada mereka datang daripada pelbagai akademi bola sepak sebelum diserapkan ke kelab bahkan menyarung jersi kebangsaan.
Antaranya, duo sayap sensasi negara iaitu Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.
Oleh itu, pendedahan menerusi akademi bola sepak sejak dari akar umbi dapat menggilap bakat-bakat muda.
Bukan itu sahaja ia dapat memberi peluang untuk anak-anak muda tempatan mencapai impian mereka untuk bergelar pemain bola sepak profesional.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok Imam Masjid Al Busyra Merbok, Firdaus Firabib (@firdaus_firabib) memaklumkan Madad Soccer Academy bakal mencari bakat-bakat baharu menerusi uji bakat.
Difahamkan, uji bakat tersebut akan dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu di Padang Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil, Kedah pada 13 Januari ini.

Manakala sesi kedua pula bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar pada 20 Januari.
Sesi terakhir akan dijalankan pada 10 Februari ini bertempat di Padang Universiti Teknolo0gi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani.
Kesemua sesi uji bakat bakal dijalankan seawal jam 7 pagi hingga 7 petang. Syarat utama pencarian bakat bola sepak termasuklah beragama Islam,Β berumur 13 hingga 15 tahun, menutup aurat dan berpakaian lengkap serta terbuka untuk seluruh Malaysia.
BACA: Kempen Solat Subuh Berjemaah Masjid Muhammadi Dapat Sambutan
Menurutnya lagi, sesi uji bakat itu juga akan menampilkan ikon berpengaruh dalam sukan bola sepak tanah air iaitu jurulatih Azrai Khor dan bekas pemain Kedah yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar.
Dalam video berdurasi satu minit 33 saat itu juga menampilkan bekas pemain bola sepak berkenaan.
“Okay coach kita akan adakan coach Azrai Khor dan akan dibantu oleh saya Baddrol Bakhtiar,” katanya sewaktu ditanya mengenai jurulatih dalam uji bakat berkenaan.
Untuk maklumat lanjut boleh imbas kod di poster atau menghubungi Encik Akhyar di talian 014-6019099 atau Puan Anis 014-6019699.
Sementara itu, uji bakat akademi itu juga diberitahu oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra di Facebook.
“Akhirnya.. Misi pencarian pemain Madad Soccer Academy dimulakan..
“Nak habaq betapa seriusnya kami, kami dapatkan sentuhan daripada dua orang ikon yang cukup berpengalaman dalam bola sepak.
“Coach Azrai Khor dan juga YB Baddrol Bakhtiar, dua nama tak perlu nak perkenalkan kot nohh?
“Kedua-dua mereka bakal berkongsi pengalaman kepada pemain yang terpilih di sepanjang berada dalam akademi.
“Takkan nak tengok anak-anakΒ kita jadi jaguh kampung ja? Mai try uji bakat ni. Manalah tau, anak-anak tu berpeluang untuk improve secara profesional?” maklumnya di Facebook.
@firdaus_firabib Uji bakat terbuka Madad Soccer Academy akan diadakan pada 13 Januari di Unishams 20 Januari di Suka Menanti dan 10 Februari Uitm Merbok. #bulehtaqatu #halalhalalhalal
Sumber: TikTok @firdaus_firabib