Siakap Keli
bas sekolah kuning
Kredit: Bernama

Kenapa Bas Sekolah Selalu Warna Kuning Keorenan? Ini Sebabnya

Kenapa Bas Sekolah Selalu Warna Kuning Keorenan? Ini Sebabnya

Banyak pengangkutan yang ada pada hari ini boleh digunakan untuk ke mana-mana, misalnya ke sekolah.

Jika jarak antara rumah dengan sekolah terletak agak jauh, biasanya ibu bapa akan menghantar dan mengambil anak mereka dengan menggunakan kereta.

Bagaimana pula jika ibu bapa ada kekangan dan tidak mungkin dapat menghantar serta mengambil anak setiap hari?

Disini, muncul pula satu lagi pilihan lain pengangkutan, iaitu perkhidmatan bas sekolah.

Secara umumnya, bas sekolah akan mengambil dan menghantar murid pulang ke rumah, sebaik sahaja waktu habis sekolah.

Malah hari ini, bas sekolah berubah menjadi kenderaan yang ikonik dengan warna traidisi, biasanya kuning.

Jika diperhatikan betul-betul, warna kuning pada bas sekolah bukanlah betul-betul kuning seperti warna pisang masak.

Sebaliknya, warna kuning yang dipilih seakan-akan warna buah manga.

Malah, warna yang mirip dengan warna bas sekolah ini juga seringkali dirujuk sebagai warna sebagai ‘kuning bas sekolah’.

Tujuannya untuk membantu pendengar atau pembaca mesej untuk membayangkan warna dengan lebih tepat.

Sungguhpun begitu, pernah tak terfikir mengapa warna kuning dipilih sebagai warna cat pada bahagian luar bas sekolah?

Warna ‘kuning bas sekolah’ dipilih sebagai warna badan bas bukan sahaja untuk identifikasi semata-mata.

Sebaliknya, pemilihan warna ini diperingkat awal terlebih dahulu berkait dengan faktor keselamatan.

Pada 1939, Dr. Frank W. Cyr telah menganjurkan sebuah persidangan untuk menubuhkan peraturan standard bagi bas-bas sekolah di Amerika Syarikat (AS).

Dalam persidangan ini, warna kuning keorenan dipilih sebagai warna standard bas sekolah di negara tersebut dan dikenali sebagai National School Bus Chrome.

Seperti yang kita tahu, papan tanda berhenti dan lampu isyarat berhenti menggunakan warna merah untuk menarik perhatian pengguna jalan raya.

Selain merah, warna kuning juga merupakan antara warna yang pantas menarik perhatian manusia.

Misalnya, jika anda melihat secara tegak di depan, jika ada objek berwarna kuning yang tidak terletak di depan mata, ia masih akan kelihatan di hujung penglihatan.

Bahagian hujung penglihatan ini juga dikenali sebagai medan pesisian atau peripheral field. 

Saintis mendapati bahawa manusia dapat melihat objek kuning dalam peripheral field 1.24 kali ganda lebih baik berbanding warna merah.

Bukan itu sahaja, warna kuning juga lebih mudah dikenal pasti jika diletakkan di dalam persekitaran gelap berbanding warna merah.

Oleh sebab itu, warna tersebut merupakan warna yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai warna bas sekolah.

Garisan dan tulisan bewarna hitam pada dinding bas juga adalah kombinasi terbaik antara kedua-dua warna berkenaan.

Kombinasi hitam/kuning keorenan dikatakan adalah warna paling mudah ditangkap pemandu kenderaan ketika waktu pagi.

Jadi, apabila melihat warna ini, pemandu pantas menyedari kehadiran bas sekolah dikawasan tersebut yang mungkin sedang membawa pelajar dan akan memandu lebih berhati-hati.

BACA: Isteri Curiga Suami Kalut Bila Fon Bunyi, Rupanya Dah Terkena ‘Gangguan’

Sumber: Wonderopolis

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma