Siakap Keli

Suami Suruh Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Ini Yang Para Isteri Kena ‘Demand’ Dulu

Suami Suruh Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Ini Yang Para Isteri Kena ‘Demand’ Dulu

Hujung tahun lepas, mesti ramai yang baru kawin kan? Bila baru kawin ni mesti dah rancang awal-awal macam mana nak susun ekonomi rumah tangga kan? Ada yang dua-dua bekerja, ada yang suami hanya minta isteri duduk di rumah sebab gaji si suami cukup untuk tanggung hidup bersama. Bergantung kepada perancangan masing-masing. Bukan senang ya jadi suri rumah dan suami jangan ingat isteri duduk rehat saja dekat rumah. Kalau rehat saja, siapa yang kemas rumah? Siapa yang masak? Takkan hantu pula? Tapi mungkin ada sesetengah suami yang mampu, dia sediakan pembantu rumah. Baguslah kalau macam tu.

Tapi sebelum jadi suri rumah kita mesti akan minta beberapa benda dekat suami kan? Antaranya macam barang kemas, elaun bulanan, beg tangan, baju, alat solek dan lain-lain lagi. Cuma ada satu benda yang lagi penting untuk isteri minta dekat suami, iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilancarkan Disember 2022.

SKSSR

Kenapa isteri yang nak jadi suri rumah kena minta dekat suami carumkan SKSSR? SKSSR ini macam salah satu bentuk perlindungan keselamatan sosial. Bak kata pepatah, malang kan tak berbau. Contoh isteri tengah masak ayam goreng kegemaran suami, sekali kuali terbalik habis minyak panas kena dengan badan isteri itu dah kira satu kemalangan dah tu. Contoh lain, isteri tengah bersihkan kipas siling tetiba terjatuh, dah kira bencana domestik. Bekerja sebagai suri rumah ini bukan macam pekerja formal yang boleh tuntut insurans kalau kejadian macam ni berlaku. Jadi dekat sinilah SKSSR ni boleh membantu kita.

SKSSR ni dia sebenarnya skim yang memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang alami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. Bukan setakat itu je, skim ini juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran haa kan bagus tu.

Tapi korang yang bukan suri rumah sepenuh masa ni jangan sedih pula. SKSSR ini takrifan suri rumah dia meliputi wanita sama ada sudah berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak, termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal. Faham? Maksudnya kalau selagi namanya wanita belum berkahwin ke dah berkahwin, kerja ke tidak bekerja layak juga mencarum skim SKSSR ni.

suami suri rumah

 RM120 Setahun

Tapi mesti cakap insurans mesti mahal. Tak korang. SKSSR ni RM120 je setahun bersamaan RM10 sebulan bersamaan juga lebih kurang 30 sen sehari. Murah, murah lagi daripada kopi yang dibeli dekat kedai kopi Z dengan S tu. Semestinya berbaloi macam kaedah ‘girl maths’ yang perempuan selalu buat bila nak beli beg tangan berjenama betul tak?

Jadi macam mana nak carum? mesti tertanya-tanya kan? Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah sendiri, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. Prinsip dia adalah Once in Always in dan ia terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya. Haa, bolehlah isteri-isteri tunjuk dekat suami dan minta dia carumkan SKSSR ni. Takpa inikan tanggungjawab.

 Apa Yang Korang Dapat

Sebelum nak carum mesti korang nak tahu kan apa faedah-faedah SKSSR ni kan? Salah satu faedahnya adalah faedah perubatan. Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain. Selain itu, suri rumah juga layak terima faedah hilang upaya kekal. Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara lumpsum (sekali bayar) atas pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Jangan risau bukan itu sahaja, kalau suri rumah hilang upaya kekal atau keuzuran yang memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak atau beraktiviti, suri rumah yang mencarum SKSSR juga layak terima Elaun Layanan Sentiasa untuk faedah hilang upaya kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya teruk hingga memerlukan layanan peribadi daripada orang lain. Kalau umur tak panjang dan meninggal dunia, waris suri rumah masih boleh terima faedah-faedah lain seperti faedah pengurusan mayat, RM2,000 secara one-off yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum 55 tahun.

Ni Je Syaratnya

Okay jadi selain syarat suri rumah mestilah seorang wanita tulen dan bukan wanita jadian, hanya tiga syarat lain je yang perlu dipenuhi iaitu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belum mencapai umur 55 tahun atau belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh kali pertama hendak mencarum SKSSR dan perlu membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu. Mudah je kan?

Itulah sedikit sebanyak pasal SKSSR yang sangat bermanfaat untuk suri rumah. Kita pun sedar bahawa, tanggungjawab suri rumah bukanlah sesuatu yang mudah tak kira zaman dahulu atau sekarang. Tapi dengan wujudnya pelbagai teknologi lebih banyak cabaran perlu dipenuhi sesuai kehendak suami dan anak-anak bagi memastikan keselesaan mereka di rumah.  Jadi sebagai satu bentuk penghargaan carumkan SKSSR untuk isteri atau mereka yang layak. Kepada wanita-wanita yang belum berkahwin boleh minta ayah atau abang atau carumlah untuk diri sendiri sebagai self reward. Nak tahu lebih lanjut? Layari laman sesawang PERKESO.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)