Cara Buat Baja Kulit Telur, Bagus & Siput Tak Kacau Pokok
Kulit telur merupakan salah satu bahan buangan domestik di dapur dan sering dibuang begitu sahaja.
Apabila telur digunakan, ramai yang berpendapat bahawa kulit telur tidak mempunyai apa-apa manfaatnya lagi.
Namun bagi sesiapa yang gemar bercucuk tanam di rumah, sisa dapur ini tidak patut dibuang begitu sahaja kerana sangat berguna untuk tumbuhan.
Hal ini kerana, tanaman memerlukan nutrien yang cukup untuk menghasilkan daun yang lebih lebat dan buah yang lebih besar.
Berdasarkan perkongsian CEO Ayam Belanda (@ceoayambelanda), terdapat banyak manfaat kulit telur kepada tumbuhan.
Selain NPK (Nitrogen, Fosforus dan Kalium), tanah juga memerlukan unsur-unsur yang lain seperti kalsium dan magnesium.
Kulit telur pula boleh membekalkan manfaat-manfaat ini kepada tumbuhan dan boleh dijadikan baja. Apatah lagi, kulit telur juga mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi.
Maka, tindakan membuang kulit telur mungkin satu kerugian jika anda ada menanam apa-apa pokok atau sayuran di rumah.
Menurut CEO Ayam Belanda lagi, antara manfaat lain serbuk baja kulit telur adalah dapat menghalang kehadiran siput.
Siput seperti yang kita tahu merupakan haiwan perosak yang suka memakan bahagian-bahagian pada tumbuhan.
Haiwan perosak bercangkerang ini difahamkan tidak menyukai unsur yang memiliki sifat ‘tajam’ seperti yang ada pada baja kulit telur ini.
Maka, baja kulit telur ini bersifat serampang dua mata, memberi manfaat kepada pokok serta menghindari siput daripada menghampiri tanaman.
Menghasilkan baja kulit telur juga tidak renyah, antara rajin dan malas je
Cara untuk menghasilkan baja kulit telur juga sebenarnya sangat mudah.
Anda hanya perlu mengeringkan kulit telur terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
Kemudian, dengan menggunakan pengisar, kisar kulit telur buat seketika sehingga menjadi halus dan ada sedikit serpihan kecil.
Setelah itu, anda boleh menabur serbuk baja kulit telur berkenaan pada pokok-pokok di kawasan laman anda.
@ceoayambelanda nak Baja apa lagi lepas ni? 😁😁 #ceoayambelanda #berkebundirumah #ediblegarden #backyardgarden #vlogberkebun #tipsberkebun
BACA: Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris
Mudah sahaja. Semoga bermanfaat.
Sumber: ceoayambelanda via TikTok