Siakap Keli
bursa gold dinar
Kredit: Bursa Gold Dinar

Ini Info Tentang Bursa Gold Dinar, Platform Pelaburan Emas Atas Talian

Ini Info Tentang Bursa Gold Dinar, Platform Pelaburan Emas Atas Talian

Bursa Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan Bursa Gold Dinar (BGD) iaitu produk pelaburan emas yang boleh diakses secara atas talian.

Menurut laman web rasmi Bursa Malaysia, BGD diperkenalkan untuk membolehkan para pelabur melabur emas fizikal menerusi aplikasi mudah alih.

Dengan produk ini, para pelabur dapat menjual dan membeli emas 999.9/24k serta menebus emas dalam bentuk syiling emas fizikal di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Menurut Bursa Malaysia, platform ini dikendalikan oleh Bursa Malaysia Digital Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai BM Digital Sdn Bhd.

Manakala Bursa Malaysia Digital Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat subsidiari yang dimiliki Bursa Malaysia Berhad secara sepenuhnya.

Info menarik tentang BGD

Dalam laman webnya, BGD menawarkan peluang pelaburan emas yang selamat kepada para pelabur yang menggunakan aplikasi tersebut.

Emas yang ada dalam platform tersebut disokong oleh emas fizikal yang sama nilainya. Emas-emas fizikal itu pula ada nombor siri tersendiri dan diaudit dari semasa ke semasa.

Manakala aktiviti melibatkan emas penjual dan tunai milik pembeli berlaku secara masa nyata. Sistem BGD direka untuk tidak membenarkan aktiviti pemindahan aset dan pembayaran tertunda berlaku.

Selain itu, para pelabur juga bebas untuk mendagangkan atau menebus emas digitalnya selama tujuh hari seminggu.

Tawar fitur menarik kepada pengguna dan patuh syariah

Tambahan lagi, aplikasi pelaburan emas ini juga disahkan patut syariah oleh pihak berkuasa.

Menurut Bursa Malaysia, BGD mematuhi standard yang ditetapkan oleh  Institusi Kewangan  Islam untuk Organisasi Pengauditan (AAOIFI) bagi standard syariah ke atas emas.

Malahan, produk ini juga telah disahkan oleh Jawatankuasa Syariah bagi Perkhidmatan Islamik di Bursa Malaysia.

Boleh tebus kepada syiling emas fizikal

Selain itu, pelabur juga boleh menebus pelaburan ini kepada emas fizikal dalam bentuk syiling emas.

Penebusan boleh dibuat apabila pelabur memiliki sekurang-kurangnya 4.25g emas dalam BGD.

Proses penebusan ini pula dilakukan sepenuhnya melalui BGD dengan hanya mematuhi langkah-langkah yang dinyatakan dalam aplikasi tersebut.

Pelabur juga boleh menghantar atau memindahkan emas kepada orang tersayang dengan menggunakan aplikasi ini sahaja.

Syaratnya, penerima juga perlu memiliki akaun atau menjadi pelabur BGD.

Syarat nak jadi pelabur juga senang

Para pelabur yang ingin melabur dalam platform ini perlulah berusia lebih dari 18 tahun, pembayar cukai di Malaysia dan beberapa syarat lain yang boleh dilihat menerusi laman ini.

Bukan itu sahaja, para pelabur boleh memulakan pelaburan emas masing-masing dengan nilai pelaburan permulaan serendah RM10.

Untuk anda yang berminat dengan produk pelaburan terbaharu Bursa Malaysia ini, aplikasi BGD boleh dimuat turun menerusi Apps Store dan Google Play.

BACA: Ibu Bapa Tak Puas Hati Anak Jadi ‘Content’ Guru, Minta Jaga Privasi Murid

Sumber: Bursa Gold Dinar

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.