Siakap Keli
ai ubah hidup manusia
Gambar: LUDOVIC MARIN/POOL/AFP

AI Ubah Hidup Manusia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang – Bill Gates

AI Ubah Hidup Manusia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang – Bill Gates

NEW YORK — Pengasas Microsoft, Bill Gates meramalkan kecerdasan buatan (AI) akan mengubah kehidupan manusia dalam tempoh lima tahun akan datang, lapor CNN.

Seperti yang diketahui,  perkembangan AI mencetuskan kebimbangan bahawa ia akan menghapuskan jutaan pekerjaan di seluruh dunia.

Meskipun tanggapan itu ada kebenarannya, namun Gates percaya sejarah telah membuktikan dengan kemunculan setiap teknologi baharu datang bersama ketakutan dan kemudian peluang baharu.

Mudahkan Kehidupan Manusia

Dalam temu bual Forum Ekonomi Dunia bersama wartawan CNN, Fareed Zakaria, Gates meramalkan bahawa teknologi ini akan menjadikan kehidupan manusia lebih mudah termasuk membantu doktor dalam melakukan kertas kerja.

Tambahnya lagi, menerusi AI yang menggunakan sambungan internet, keperluan untuk menggunakan banyak perkakasan tidak lagi diperlukan.

Dalam masa yang sama, dia juga berkata penambahbaikan OpenAI’s ChatGPT-4 telah membawa perubahan dramatik kerana teknologi ini mampu membaca dan menulis.

BACA: Qatar Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia 2023

Gabungan teknologi ini dalam dua sektor iaitu pendidikan dan perubatan menjadikan potensinya semakin dipandang tinggi. Difahamkan, syarikat Microsoft juga mempunyai perkongsian bersama OpenAI.

“Matlamat Yayasan Gates adalah untuk memastikan bahawa teknologi itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai di negara miskin berbanding negara kaya dalam tempoh yang singkat.

“Tambahan lagi, di Afrika mengalami kekurangan doktor dan guru jauh lebih tinggi berbanding di Barat,” kata Gates kepada Zakaria.

Untuk makluman, Bill Gates merupakan orang keempat terkaya di dunia dengan nilai kekayaan $140 bilion (RM660 bilion).

Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melaporkan bahawa kira-kira 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia boleh terjejas akibat kemajuan AI.

IMF dalam laporan minggu ini mendedahkan teknologi AI akan meningkatkan jurang ketidaksamaan tanpa campur tangan daripada ahli politik.

Akui Kehebatan Teknologi AI

Terdahulu, Gates mengakui bahawa dia terkejut dengan perkembangan yang ditunjukkan teknologi AI, ChatGPT dan pernah meragui kemajuan chatbot itu sebelum ini, lapor CNN Indonesia.

Perkara itu didedahkan oleh Gates dalam satu temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman dalam podcast yang bertajuk Unconfused Me with Bill Gates.

Gates menjelaskan perkara yang paling mengejutkannya adalah keupayaan ChatGPT yang mampu memberikan pendapat yang sama seperti yang difikirkan manusia.

Sumber: CNN 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?