Beruang Cakap Cina Tular Jadi Meme, Baru Tahu Ini Terjemahannya
Baru-baru ini, tular satu rakaman kartun animasi China yang memaparkan seekor beruang bercakap dengan nada kecewa dan marah hingga dijadikan sebagai meme di media sosial.
Namun setelah diselidiki betul-betul, barulah tahu bahawa ia bukanlah beruang namun sebaliknya memerang. Cuma terfikir, apalah yang dimarahkan oleh si memerang itu sebenarnya?
Difahamkan, adegan yang dibawakan si memerang berwarna coklat itu sebenarnya adalah berdasarkan potongan babak dalam filem A Better Tomorrow pada tahun 1986.
Meskipun ramai yang tidak memahami apa yang dikatakan namun āchinese beaverā tersebut didakwa sedang dalam kecewa sambil meluahkan perasaannya dengan penuh emosi menggunakan Bahasa Mandarin, memetik Know Your Meme.
Rata-rata warga maya mengatakan haiwan tersebut benar-benar menyerupai mereka yang sedang marah di mana kartun itu bersungguh-sungguh melontarkan setiap perkataan beserta intonasi sedih.
Sebenarnya apa yang disampaikan oleh memerang tersebut dan kenapa orang ramai boleh terkait dengan situasi berkenaan meskipun tidak faham apa yang dikatakan olehnya?
Oleh kerana klip tersebut telah meraih perhatian ramai, mandarinjer di X berkongsi kepada orang ramai terjemahan ayat yang dikatakan oleh watak kartun haiwan itu.
Dalam ucapannya, kartun itu jelas berasa kecewa dan mahu membuat sesuatu yang mampu mengubah hidupnya.
“Saya tidak mahu dipijak sepanjang hidup saya oleh orang lain. Anda fikir saya pengemis busuk? Saya menunggu tiga tahun hanya untuk satu peluang.
“Saya akan membuat sesuatu dengan usaha diri saya sendiri bukan untuk membuktikan apa-apa tetapi untuk memberitahu orang lain bahawa saya akan mengambil kembali apa yang telah hilang,ā terjemahan ayat tersebut.
Latar belakang animasi
Sedikit mengenai latar belakangnya, animasi tersebut telah diciptakan pada tahun lepas oleh seorang pengguna bernama B yang mengajar animasi di laman media sosial China, Bilibili.
Klip tersebut telah menerima lebih 53,000 tanda suka dalam setahun.
Sebulan yang lalu, animasi tersebut telah disiarkan semula di TikTok dan menjadi tular dalam kalangan pengguna internet.
Orang ramai mendapati klip tersebut lucu kerana haiwan itu melontarkan kata-katanya dengan emosi serta marah.
Bagi yang tak tahu šš»āāļø Ini terjemahan trend viral beaver tu špic.twitter.com/5mGQhRJSYd
— Mandarinjer (@mandarinjer) January 17, 2024
Sumber: @mandarinjer/X, know your Meme