Siakap Keli
kapsul peregrine bumi
Kredit: ULA

Kapsul Peregrine Dijangka Terhempas Ke Bumi

Kapsul Peregrine Dijangka Terhempas Ke Bumi

WASHINGTON, 18 Jan (Bernama-dpa)Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial pertama di bulan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Syarikat Astrobotic yang berpangkalan di Pittsburgh berkata kapal angkasa itu sepatutnya terbakar di atmosfera bumi di Pasifik Selatan kira-kira 1,000 kilometer (km) utara New Zealand, pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat (2100 GMT Khamis).

Satu sidang media bersama mengenai perkara itu dengan agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) NASA dijangka diadakan pada Jumaat.

Misi persendirian Peregrine telah dilancarkan minggu lepas dari pusat angkasa di Cape Canaveral di negeri Florida, AS.

Bagaimanapun, berlaku masalah sejurus selepas pelancaran, termasuk kegagalan dalam sistem pendorong yang menyebabkan kepada kebocoran bahan api.

Kapsul itu sepatutnya mendarat di bulan pada Februari di kawasan yang dipanggil Sinus Viscositatis sekali gus melengkapkan pendaratan pertama – tanpa pemandu – di bulan oleh AS sejak misi Apollo lebih 50 tahun lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, tular satu rakaman kartun animasi China yang memaparkan seekor beruang bercakap dengan nada kecewa dan marah hingga dijadikan sebagai meme di media sosial.

Meskipun ramai yang tidak memahami apa yang dikatakan namun ‘chinese beaver’ tersebut didakwa sedang dalam kecewa sambil meluahkan perasaannya dengan penuh emosi menggunakan Bahasa Mandarin, memetik Know Your Meme.

Sumber: BERNAMA

BACA: Angkasawan Kongsi Pemandangan Malam Masjidil Haram Berkilau Dari Angkasa

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana