Siakap Keli
1.2 juta daftar padu
Gambar: Bernama

Lebih 1.2 Juta Orang Dah Daftar PADU

Lebih 1.2 Juta Orang Dah Daftar PADU

KUALA LUMPUR — Seramai 1,214,859 rakyat Malaysia telah mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga 17 Januari 2024 jam 11.59 malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh PADU dalam satu muat naik di laman rasmi di platform X (Twitter) hari ini.

“Tahniah kepada anda semua yang telah mendaftar dan menjadi sebahagian daripada yang menjayakan pelaksanaan PADU.

“Sehingga 17 Januari 2024 jam 11.59 malam, jumlah individu yang telah berjaya mendaftar di sistem PADU adalah seramai 1,214,859 orang,” maklum PADU.

Jumlah pendaftaran itu melibatkan penduduk di setiap 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan dalam negara.

Dalam data yang dikeluarkan PADU, seramai 243,851 pengguna di Selangor telah mendaftar sistem itu dan merupakan negeri tertinggi dengan rekod pendaftaran.

“Di Sarawak, seramai 137,036 orang telah mendaftar PADU, diikuti Johor dengan 128,193 rekod pendaftaran.

Negeri Perak mencatatkan pendaftaran 107,448 orang, sementara Sabah pula mencatatkan 94,541.

“Di negeri Kedah pula merekodkan 77,557 pendaftaran, Pulau Pinang dengan 64,063 pendaftar, sementara Kelantan dengan jumlah 63,060 dan Pahang seramai 59,088 pendaftar,” maklum PADU.

Manakala Negeri Sembilan sehingga tengah malam tadi mempunyai seramai 58,787 pendaftar, Terengganu sebanyak 46,398,  Melaka dengan 38,134 dan Perlis seramai 12,249 pendaftar.

Bagi tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing mencatatkan jumlah 74,980; 6,176 dan 3,258 pengguna.

BACA: Qatar Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia 2023

PADU turut memaklumkan kepada rakyat untuk membuat pendaftaran dan kemas kini di laman sesawang PADU.

Bersama-sama kita membuat pendaftaran dan pengemaskinian PADU di pautan link berikut padu.gov.my,” jelas PADU.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), di samping kerjasama pelbagai agensi lain, lapor Bernama.

Untuk makluman, PADU telah dibuka pada 2 Januari lalu dan bakal berakhir pada 31 MAC ini bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU.

Sumber: X (Twitter) PADU 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?