Siakap Keli
mayat bella hilang disember
Kredit: Sinar Harian

Hilang Sejak Disember Lepas, Penemuan Rangka Tak Sempurna Dipercayai Milik Bella?

Hilang Sejak Disember Lepas, Penemuan Rangka Tak Sempurna Dipercayai Milik Bella?

Misteri kehilangan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah sejak Disember lalu dijangka bakal terungkai susulan penemuan rangka manusia tak sempurna hari ini.

Menurut Sinar Harian, penemuan itu dibuat di dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat,  rangka itu ditemui sekitar pukul 2.00 petang, pada Jumaat.

Polis menemui rangka tersebut selepas dipandu oleh salah seorang suspek dalam kes kehilangan wanita ini.

Jelasnya, tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella telah ditahan pihak polis sebelum ini.

Salah seorang daripadanya telah menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia itu.

“Siasatan ke lokasi mendapati terdapat pakaian ditemui pada rangka terbabit. Bagaimanapun, pengesahan identiti mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira dua minggu lagi.

“Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada ia rangka itu milik wanita terbabit,” ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Melalui penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan Bella dijangka bakal terjawab.

Bella telah dilaporkan hilang sejak pertengahan Disember lepas

Terdahulu, Bella gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah bersama teman lelakinya pada 14 Disember tahun lalu.

Mangsa keluar menaiki kereta teman lelakinya kira-kira 11.50 malam dengan mengenakan baju kelawar berwarna biru gelap dan keluar untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Namun begitu, kelibat wanita berkenaan tidak kelihatan selepas tarikh itu dan sehingga ke hari ini.

Menurut Sinar Hairan, kelibat wanita itu hilang dengan telefon bimbitnya turut gagal dihubungi.

Selain itu, mesej yang dihantar kepada nombor telefon miliknya menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

BACA:  Tak Balik Rumah Sejak Selasa, Waris Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma