Siakap Keli
iraq jepun piala asia
Gambar: Piala Asia 2023

Kejutan Piala Asia, Iraq Tundukkan Calon Juara, Jepun 2-1

Kejutan Piala Asia, Iraq Tundukkan Calon Juara, Jepun 2-1

Sejarah terlakar di bumi Qatar apabila Iraq berjaya menundukkan pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Asia, Jepun dalam perlawanan kedua kumpulan D sebentar tadi.

Keputusan mengejutkan 2-1 itu diraih oleh Iraq selepas berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan Aymen Hussein.

Jaringan-jaringan tersebut hadir pada minit kelima dan masa tambahan separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Jepun terus meningkatkan intensiti perlawanan dan cuba mencari gol pertama dan gol penyamaan serta seterusnya gol kemenangan.

Iraq cipta kejutan tewaskan Jepun 2-1 di Piala Asia

Bagaimanapun, Iraq berjaya bertahan dengan baik dan memastikan gawang kekal tidak bolos sehinggalah tamat masa perlawanan sebenar.

Gol Jepun akhirnya hadir pada masa kecederaan menerusi Wataru Endo. Namun begitu, jaringan berkenaan gagal menghalang Jepun daripada kecundang.

Kekalahan ini menyaksikan Jepun terpaksa menunggu perlawanan ketiga untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan ke-16.

Manakala Iraq muncul sebagai wakil pertama kumpulan D yang berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Kemenangan ini menjadi lebih bermakna dan mempersonakan jika mengambil kira kedudukan ranking FIFA.

Berdasarkan ranking terkini, Jepun berada di ranking 17 dunia, iaitu kedudukan yang jauh lebih baik berbanding Iraq. Malah, Jepun juga merupakan pasukan bola sepak nombor 1 Asia buat masa ini.

Manakala Iraq pula berada di kedudukan 63 dunia dan ketujuh Asia.

Selain itu, skuad semasa Jepun juga dianggap sebagai generasi emasnya ketika ini dengan deretan pemain-pemain terkenal yang beraksi di liga-liga bola sepak utama dunia.

Malah, Jepun juga hadir ke temasya ini dengan reputasi tinggi apabila tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan terakhir.

Paling mencuri tumpuan tentunya kemampuan anak buah Hajime Moriyasu menundukkan Juara Dunia empat kali, Jerman 1-4 dalam perlawanan persahabatan September tahun lepas.

Menariknya tentang perlawanan ini juga, ia sedikit sebanyak memberikan harapan kepada para peminat bola sepak bahawa dalam pertandingan apa sahaja boleh berlaku.

Peluang untuk negara-negara di ranking lebih rendah untuk mengejutkan gergasi Asia sebenarnya tetap ada asalkan pemain bermain dengan penuh semangat dan keyakinan.

BACA: Hilang Sejak Disember Lepas, Penemuan Rangka Tak Sempurna Dipercayai Milik Bella?

Sumber: Piala Asia 2023

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.