Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ditahan, Didakwa Rakam Video Artis Buat Persembahan Dari Bawah Pentas

Syed Faisal Sayed Muhammad
Rakam video bawah skirt
Kredit Tangkap Layar Video Tular

Lelaki Ditahan, Didakwa Rakam Video Artis Buat Persembahan Dari Bawah Pentas

Seorang lelaki ditahan selepas didakwa merakam video tidak sopan seorang artis sedang membuat persembahan dari bawah bawah pentas, lapor Sinar Harian.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan ketika artis wanita tersebut sedang membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya membuat tangkapan selepas menerima tiga laporan susulan daripada mangsa.

“Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa dimaklumkan orang awam berkaitan suspek yang bertindak merakam video tidak sopan dari bawah pentas.

“Suspek kemudiannya berjaya diberkas rakan mangsa serta beberapa individu lain di dalam pasar raya di pusat beli -belah berkenaan selepas kejadian,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Tambah Zam Halim, suspek warga tempatan berusia 33 tahun itu kemudian ditahan oleh anggota Pencegahan Jenayah Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Suspek ditahan kira-kira jam 11.15 malam untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya.

Kes tersebut kini kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, video yang menunjukkan orang awam menangkap seorang lelaki yang dipercayai merakam video tidak senonoh telah tular di media sosial.

Lelaki itu didakwa merakam video tersebut ketikan persembahan sedang diadakan di sebuah pusat beli belah di Bukit Jalil.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Sinar Harian