Siakap Keli
Kuetiau Kungfu Tomyam Seafood
Gambar: Che Sayang Kitchen via TikTok

Ini Resipi Kuetiau Kungfu Tomyam “Seafood” Macam Di Kedai Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Resipi Kuetiau Kungfu Tomyam “Seafood” Macam Di Kedai Makan

Di Malaysia, makanan tradisi melambangkan satu identiti budaya dalam satu masyarakat. Malah, pelancong luar juga menikmati keunikan dan jatuh cinta dengan kepelbagaian makanan tradisi yang dimasak oleh pelbagai kaum.

Salah satu makanan yang pastinya menjadi hidangan tanpa mengira kaum di negara ini ialah kuetiau.

Kuetiau merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung beras. Bentuknya leper, panjang dan berwarna putih. Ia juga merupakan sajian yang berasal dari China.

Tambahan pula, kuetiau yang pada dasarnya merupakan mi yang berminyak, memberi satu elemen yang berlemak kepada hidangannya.

Antara hidangan popular yang menggunakan kuetiau ialah char kuetiau, kuetiau kungfu, kuetiau ladna, kuetiau sup dan lain-lain. Menu-menu ini wajib ada di mana-mana kedai makan kerana kuetiau telah menjadi sebahagian daripada budaya makanan rakyat Malaysia.

Tetapi mesti ada satu tahap kita dah bosan dengan makanan yang sama. Sekali-sekala mesti nak cuba makanan lain daripada yang lain kan? Jadi hari ini, min nak kongsikan resipi Kuetiau Kungfu Tomyam Seafood. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.

Bahan-bahan untuk kuah tomyam seafood

Anda perlu sediakan dua cawan air, sebiji bawang merah, tiga ulas bawang putih, serai (diketuk), akar daun ketumbar, lengkuas, cili padi serta daun ketumbar.

Anda juga memerlukan tiga sudu pes tomyam, dua sudu pes cili thai dan secubit garam. Untuk sayuran pula, sediakan brokoli, kubis bunga serta lobak merah. Akhir sekali sotong dan udang sebagai pelengkap hidangan.

Bahan-bahan untuk kuetiau kungfu

Bagi penyediaan kuetiau kungfu, anda memerlukan kuetiau, dua biji telur dan lada sulah.

Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit lada sulah dan pukul rata. Seterusnya, campurkan kuetiau ke dalam telur dan gaul sehingga ia sebati. Bila sudah selesai, panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Kemudian, goreng kuetiau sehingga garing dan angkat.

BACA: Pekat Dan “Creamy”, Ni Cara Buat Tomyam Goong “Style” Khairul Aming

Kita pergi ke langkah seterusnya untuk membuat kuah tomyam. Mula-mula rebus air sehingga mendidih kemudian masukkan sebiji bawang merah, tiga ulas bawang putih yang sudah dipotong. Seterusnya, masuk serai, akar daun ketumbar, lengkuas serta cili padi.

Rebus kesemua bahan tersebut selama 2-3 minit, barulah anda masukkan tiga sudu pes tomyam, dua sudu pes cili thai. Gaul rata sehingga mendidih kemudian masukkan sayur brokoli, kubis bunga dan lobak merah. Bila sayur agak layu, masukkan sotong, udang, garam secukup rasa dan daun ketumbar.

Setelah itu, tutup api dan tuang kuah tomyam tadi ke atas kuetiau kungfu.

Terpulang kepada anda untuk buat yang mana satu dulu. Sekiranya anda mahu makan kuetiau kungfu itu panas-panas, anda boleh goreng selepas kuah tomyam siap. Selamat mencuba.

@chesayang_kitchen

Episod 295 | Resepi Kuey Teow Kungfu Tomyam Seafood | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh Resepi tomyam – Air 2 cawan – Bawang merah & bawang putih – Serai, Akar daun ketumbar & lengkuas – Cili padi – 3 sudu pes tomyam – 2 sudu pes cili thai – Brokoli, cauliflower dan carrot – Sotong & Udang – Garam – Daun ketumbar – Telur 2 biji, lada sulah & Kuey teow #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #kueyteowkungfutomyam

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Sumber: Che Sayang Kitchen via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.