Tanda-Tanda Orang Tak Suka Pada Anda
Kebanyakan orang pasti akan anda kawan-kawan mereka sendiri, kan? Ada yang mempunyai ramai kawan, ada juga yang hanya mempunyai beberapa kawan sahaja.
Dengan kawan anda itulah anda berkongsi cerita, rahsia, luahan hati, masalah dan banyak lagi. Kalau bukan dengan kawan, mungkin anda melakukannya dengan ahli keluarga yang dipercayai oleh anda.
Tetapi, tidak kiralah rapat mana pun anda bersama rakan atau keluarga anda itu, pasti akan ada seseorang yang tingkah lakunya seperti tidak menyukai anda.
Bukan dalam kalangan keluarga atau kawan-kawan saja, mungkin juga di tempat kerja anda sendiri mempunyai seseorang yang sebenarnya tidak suka pada anda.
Macam mana nak tahu seseorang itu tidak suka pada anda? Mungkin, perkongsian mengenai tanda-tanda seseorang itu tidak suka pada anda boleh membantu anda. Perkongsian ini telah dikongsi oleh pengguna TikTok, Josh Fraser Young.
Mereka Merendahkan Kejayaan Anda
Pernah tak, ketika anda sedang seronok bercerita mengenai kejayaan anda, tiba-tiba ada pula suara yang berkata, “Apalah sangat kejayaan itu. Benda kecil pun nak cerita. Ada orang yang buat lagi baik,” ataupun yang seumpama dengannya.
Bila dengar kata-kata itu, mesti anda rasa terkedu dan kecil hati. Mana tidaknya, itu adalah kejayaan anda, tidak kiralah kecil atau besar.
Anda telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan itu dan mahu berkongsi waktu gembira anda dengan mereka yang dipercayai anda, tiba-tiba ada pula yang berkata sedemikian kepada anda.
Itulah red flag pertama untuk anda. Sepatutnya, sebagai seorang kawan yang baik ataupun ahli keluarga, mereka sepatutnya rasa gembira atas kejayaan anda dan mengucapkan tahniah ke atas kejayaan yang diperolehi.
Menurut Josh dalam videonya itu, seseorang yang tidak menyukai anda akan lebih mudah rasa cemburu terhadap anda terutama sekali sekiranya anda melakukan sesuatu itu lebih baik daripada mereka.
Katanya lagi, “Apabila seseorang yang rapat dengan anda menunjukkan tanda-tanda cemburu dengan anda, mereka sebenarnya mahu melihat anda gagal dalam sesuatu perkara,”
Mereka Tidak Akan Menghubungi Anda
Apabila berkawan dengan seseorang, pasti kita mahu mengenali mereka dengan lebih lanjut dan mula menghubungi mereka, kan?
Tapi, pernah tak anda terfikir kenapa anda seorang saja yang selalu menghubungi mereka tetapi mereka tidak pernah menghubungi anda? Cara mereka membalas chat anda pula pendek-pendek.
“Kalau mereka nak hubungi anda, mereka akan hubungi anda. Orang ramai memegang telefon mereka pada setiap masa,” kata Josh dalam videonya itu.
Sekiranya anda pernah mengalami ataupun sedang mengalami situasi ini, mungkin anda boleh perlahan-lahan berhenti menghubungi mereka.
Jika mereka tidak pernah menghubungi anda dulu ataupun tidak mempunyai sebarang usaha untuk membalas chat anda, ada kemungkinan bahawa mereka tidak suka pada anda.
Mereka Baik Dengan Orang Lain, Tidak Dengan Anda
Bila anda mempunyai kawan yang ramai, anda akan tahu bahawa mereka semua mempunyai perangai yang berbeza. Mungkin ada yang bercakap kasar, ada yang lemah lembut, ada yang friendly dan ada juga yang introvert.
Dalam ramai-ramai itu mungkin ada juga yang sebenarnya mempunyai satu tabiat untuk berkelakuan baik terhadap kawan-kawan yang lain, tetapi apabila dengan anda terus hilang sifat baik itu.
Contohnya, mereka akan memperlekehkan cara anda berpakaian dan membandingkan gaya anda dengan gaya kawan anda yang lain.
Anda mungkin akan rasa kecil hati, lebih-lebih lagi sekiranya gaya anda dengan kawan yang dikatakan itu lebih kurang sama.
Ia seperti mereka mempunyai double standard terhadap anda. Jika anda buat sesuatu, ada saja yang mereka mahu perlekehkan. Tetapi apabila kawan-kawan anda yang lain melakukan perkara yang sama, mereka dipuji.
Kata Josh, “Cara seseorang itu melayan anda mencerminkan perasaan mereka kepada anda,”
Jadi, sekiranya anda mengalami situasi seperti ini dan anda tahu hati anda sakit apabila mereka melakukan sedemikian kepada anda, anda perlu jauhkan diri anda daripada mereka. Anda sudah tahu bahawa mereka tidak sukakan anda.
@joshfraseryoung Psychological signs someone secretly dislikes you. #psychology #signssomeonesecretlydislikesyou #signstheydontlikeyou #psychologyfacts
Sumber: joshfraseryoung via TikTok