Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peniaga Rugi Lebih RM6 Juta Terpedaya Pelaburan Emas Tidak Wujud

peniaga rugi pelaburan emas
Gambar: Bernama

Peniaga Rugi Lebih RM6 Juta Terpedaya Pelaburan Emas Tidak Wujud

IPOH, 23 Jan (Bernama) — Seorang wanita mengalami kerugian berjumlah RM6.22 juta, iaitu jumlah tertinggi kerugian akibat scam di Perak setakat ini, setelah mangsa terpedaya dengan skim pelaburan emas tidak wujud sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 61 tahun itu yang merupakan seorang peniaga berasal dari Taman Rasi Jaya di sini melayari blog pelaburan di laman sosial Facebook pada 14 Okt tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya menekan pautan yang tertera nombor telefon suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan suspek telah memasukkan nombor telefon wanita itu ke dalam pelbagai kumpulan WhatsApp bagi tujuan pelaburan dalam pasaran emas.

“Sejak itu, wanita tersebut telah memasukkan dana sebanyak 32 kali ke dalam 11 akaun bank yang berbeza berjumlah RM6.22 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Bawah Paras Beku, Utara Vietnam Catat Suhu Bawah -1°C Pagi Tadi

Beliau berkata wanita itu mula menyedari ditipu apabila mahu mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM2.2 juta semalam namun suspek tidak membalas mesej serta platform pelaburan tidak dapat diakses.

Menurut Mohd Yusri, wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA