Dapat RM100 Atau RM50 Sebulan, Cara Semak SARA Bagi Yang Layak
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Menurut laman rasmi MyKasih, sumbangan ini telah ditambah baik untuk tahun ini memenuhi keperluan barangan asas untuk penerima yang layak.
Difahamkan, mereka yang layak akan menerima SARA sebanyak RM1,200 dan RM600. Bantuan SARA itu akan diberi sebanyak RM100 dan RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan mengikut kategori kelulusan STR 2024.
Kelayakan SARA adalah terhad kepada warganegara Malaysia, lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Cara semak SARA bagi yang layak
Selain itu, penerima juga tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih yang berada di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober 2023.
Bagi mereka yang layak menerima SARA ini, bantuan berjumlah RM100 atau RM50 akan dimasukkan ke dalam akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Penerima SARA kemudiannya boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara menggunakan MyKad.
Menurut MyKasih lagi, kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Cara semak SARA, mudah sahaja sebenarnya
Mereka yang layak boleh membuat semakan kelayakan di portal rasmi STR menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM) atau portal rasmi MyKasih.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi LHDM di talian 1-800-88-2747 pada waktu operasi bekerja yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Selain LHDN, orang ramai juga boleh menghubungi MOF di talian 03-8882 4565/4566 pada waktu operasi waktu bekerja yang sama.
Semoga bermanfaat dan dapat membantu semua rakyat Malaysia yang memerlukan.
BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum
Sumber: MyKasih