Kematian Arwah Gillian Dikategorikan Syahid Akhirat – Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan kematian arwah Gillian Donald sebagai syahid akhirat iaitu kategori ketiga buat umat Islam yang meninggal dunia sebagai syahid atau syuhada’ berdasarkan para ulama Fiqh.
Gillian, 41, dipercayai meninggal dunia akibat terhidu asap ketika menyelamatkan jirannya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Merinding di Labuan semalam.
Menurut Wan Salim, ketiga kategori itu mempunyai perbezaan dari segi pengurusan jenazah.
“Pertama, syahid dunia dan akhirat iaitu seseorang yang mati terbunuh dalam peperangan melawan golongan kafir harbi untuk menegakkan agama ALLAH dengan niat mencari keredaan-Nya.
“Kedua, syahid dunia sahaja iaitu berperang melawan golongan kafir harbi dengan tujuan keduniaan seperti ingin mendapat harta ghanimah, kemasyhuran atau mahu mempamerkan keberaniannya di mata manusia (untuk dipuji) dan seumpamanya.
“Kedua-dua kategori ini tidak dimandi dan tidak disolatkan ke atas jenazah,” katanya.
Beliau menerangkan berkaitan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menjelaskan tentang kategori ketiga, Wan Salim berkata ia melibatkan tentang syahid akhirat di mana berlaku kematian kerana terbunuh secara zalim, diserang penyakit taun, lemas, sakit perut dan semasa melahirkan bayi.
Beliau berkata golongan yang berada dalam kategori tersebut perlu dimandikan dan disolatkan seperti biasa.
“Insya-ALLAH, sekiranya kita melaksanakan amalan fardhu dan ditambah dengan amalan sunat adalah lebih baik termasuk berusaha menghindari maksiat.
“Yang paling penting adalah niat yang ikhlas untuk mendapat keredaan ALLAH SWT,” tambahnya.
Terdahulu,
Sumber: Sinar Harian