Siakap Keli
motosikal baharu derrick gan
Kredit: Facebook

Capai 10,000 Share Tak Sampai 3 Jam, RS150 Bakal Jadi Milik Derrick Gan

Capai 10,000 Share Tak Sampai 3 Jam, RS150 Bakal Jadi Milik Derrick Gan

Hantaran yang dibuat telah seorang pengguna Facebook telah dikongsi sebanyak 10 ribu kali sekali gus merealisasikan impian orang ramai untuk menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada seorang penyokong Harimau Malaya tular dalam perlawanan baru-baru ini.

Perkongsian berkenaan ganjaran tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Alhafiz Najmi.

Pada awalnya, pengguna Facebook berkenaan telah membuat hantaran berkenaan ganjaran tersebut pada jam 10.18 pagi, hari ini.

Beliau akan menghadiahkan motosikal jenis Honda RS150 kepada Gan dilihat menangis meraikan gol penyamaan skuad kebangsaan ketika menentang Korea Selatan.

Akan tetapi, lelaki berkenaan akan menunaikan hasratnya apabila hantaran berkenaan berjaya dikongsi sebanyak 10 ribu kali.

Dalam lingkungan tiga jam selepas hantaran tersebut dimuat naik, Ahmad memaklumkan bahawa sasaran berkenaan telah berjaya di capai.

“Dah capai 10k dalam tiga (3) jam. terima kasih semua, saya dah capai KPI saya,”

Dalam hantaran yang sama, beliau turut meminta maaf terhadap segelintir golongan yang tidak memahami tindakannya itu.

“Yang tak faham kerja saya, saya minta maaf. Saya cuma jalankan kerja,” jelasnya dalam hantaran yang dimuat naik pada 1.51 tengah hari tadi.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa dirinya masih berada di Kepulauan Borneo dan akan pulang ke Semenanjung Malaysia pada Ahad ini.

Manakala, Ahmad memaklumkan dirinya agak sibuk dengan pekerjaannya pada hari Isnin, sehari selepas kepulangannya ke sini.

Oleh sebab itu, urusan penghantaran motosikal kepada Derrick Gan akan dilakukan pada Selasa, minggu hadapan. Lelaki berkenaan berkata, motosikal yang bakal dihadiahkan kepada penyokong tular itu akan menjadi miliknya seratus peratus.

“Tuan badan nak jual balik motor ni pun tak ada masalah, dah jadi hak milik sendiri, saya tak masuk campur,” jelasnya.

Difahamkan, motosikal itu juga akan mendapat sumbangan bersama dengan pengguna Facebook yang lain iaitu Ahmad Motorworks dan Izan Pa’an.

Derrick Gan tular di media sosial selepas reaksi menangisnya dirakam selepas Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada saat akhir

Semalam, Derrick menjadi tular di media sosial selepas reaksi menangis beliau sewaktu menentang Korea Selatan dikongsikan oleh ramai pengguna.

Bahkan, demi menyokong skuad kebangsaan, beliau sanggup menjual motosikal LC milikinya pada hujung Disember lalu untuk pergi ke Qatar.

Beliau telah mengiklankan berkenaan jualan motosikal tersebut di Facebook miliknya pada 28 Disember lalu.

Menurut Derrick, dia sanggup untuk menjual motosikalnya itu demi memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang sedang berentap di perlawanan besar

BACA: Abang Ni Nak Belanja Derrick Honda RS150 Kalau ‘Post’ Capai 10,000 Share

Sumber: Ahmad Alhafiz Najmi via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma