Siakap Keli
influencer tiket umrah petani
Gambar: Willie Salim via TikTok

Sebak, “Influencer” Hadiahkan Tiket Umrah Kepada Petani

Sebak, “Influencer” Hadiahkan Tiket Umrah Kepada Petani

Menunaikan ibadah umrah dan haji adalah sebahagian daripada rukun Islam. Namun, tidak semua yang berkemampuan untuk menunaikannya.

Saat mereka yang mampu pergi ke tanah suci Makkah, pasti ada yang hanya mampu melihat mereka di kaca televisyen sahaja. Ada yang bekerja keras demi mencukupkan wang untuk menunaikan ibadah tersebut.

Tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang influencer berhati mulia menghadiahkan satu ‘tiket’ ibadah umrah kepada seorang pakcik hingga menyentuh hati warga maya.

‘Cita-Cita Saya Nak Pergi Umrah’

Tidak dinafikan, video yang dimuat naik oleh Willie Salim di TikTok sememangnya membuatkan penonton berkaca susulan niatnya yang murni dalam membantu pakcik yang juga merupakan seorang petani.

Dalam video itu, Willie bertemu dengan seorang pakcik yang bekerja sebagai tukang kebun dan memberitahu segala yang dilukiskan di atas kadbod itu akan ditunaikan.

“Dalam tiga saat, apa pun yang pakcik lukis di atas ni, saya akan tunaikan,” kata Willie kepada pakcik itu.

Pada mulanya, pakcik itu kelihatan keliru dan Willie menjelaskan lagi apa yang perlu dilakukan. Kemudian, dalam masa tiga saat, pakcik itu telah melukiskan sesuatu yang berbentuk kiub.

“Pakcik, ini gambar apa?” soal Willie apabila meneliti gambar yang dilukis itu.

“Gambar Kaabah. Cita-cita saya nak pergi umrah. Boleh doakan kedua ibu bapa saya yang sudah meninggal,” jawab pakcik itu.

Rata-rata warga maya yang menonton mengalirkan air mata saat pakcik itu menjawab apa yang telah dilukisnya. Lebih mengharukan apabila pakcik itu menangis ketika Willie memberikan hadiah kepadanya.

“Ini wang untuk pergi umrah,” kata Willie sambil menghulurkan 30 juta rupiah (RM8,990.35) kepada pakcik itu.

Dengan air mata yang mula mengalir, pakcik itu mengucapkan syukur apabila dia menerima wang tersebut.

“Terima kasih, Ya Allah,” ujar pakcik itu sebak setelah menerima wang itu.

“Saya kerja tidak di bayar dan saya tidak tahu cara-cara pergi umrah. Saya kan orang kampung,” kata pakcik itu lagi.

Dengan pantas, Willie menjawab, “Tidak mengapa, biar saya sendiri yang belikan tiket umrah pakcik. Kita akan jumpa lagi di rumah pakcik,” jelasnya.

Syukur Yang Tidak Terhingga

Menerusi video itu, kelihatan Willie berada di hadapan sebuah rumah yang usang sambil memegang sebuah bagasi berwarna merah.

Guys, aku dah belikan tiket umrah untuk ke tanah suci,” katanya dalam video itu.

Susulan daripada itu, Willie memasuki rumah tersebut dan menyampaikan hadiahnya kepada pakcik itu.

“Alhamdulillah, ini ada tiket umrah,” kata Willie kepada pakcik itu.

Dari suara pakcik itu, jelaslah bahawa dia rasa terharu dan sebak. Pakcik itu memeluk isterinya sambil menangis akibat terlalu terharu.

“Bu, bapak dapat tiket pergi ke umrah, Alhamdulillah…” kata pakcik itu dengan sebak.

Pasangan suami isteri itu tidak berlengah untuk melakukan sujud syukur selepas menerima hadiah itu. Apabila Willie menunjukkan isi di dalam bagasi yang dibawanya, sekali lagi pakcik itu menangis terharu.

Tidak cukup dengan menunaikan hasrat pakcik itu untuk pergi ke umrah, Willie turut memberikan sejumlah wang kepada pakcik itu.

Dengan air mata yang masih mengalir, dan rasa syukur yang tidak terhingga, pakcik itu menerima hadiah yang diberikan kepadanya.

“Pakcik, janganlah menangis, saya pun rasa terharu ni,” kata Willie sambil menutup matanya yang mungkin bergenang dengan air mata.

Ternyatalah, kebaikan yang dilakukan, tidak kiralah kebaikan yang kecil ataupun besar, mampu mengubah hidup seseorang itu. Harap pakcik itu selamat menunaikan ibadah umrahnya nanti.

@williesalim

Umroh tahah suci ❤️

♬ original sound – WILLIE SALIM – WILLIE SALIM

Sumber: Willie Salim via TikTok

BACA JUGA: Wan Zack Ajak Peminat Sertai Fenomena Subuh Macam Jumaat

Nurul Alya