Wanita Kongsi Cara Dapatkan Kerja Di Arab Saudi
Umum mengetahui, untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan itu bukanlah perkara yang mudah dan meskipun terdapat syarikat yang memaparkan iklan kekosongan untuk mencari pekerja namun ia tidak menjamin bahawa anda akan diambil bekerja di syarikat tersebut.
Ini kerana, kebanyakan syarikat dalam pelbagai bidang mungkin memerlukan ciri-ciri pekerja yang tertentu. Selain daripada tahap pendidikan, syarikat itu mungkin juga akan melihat pengalaman bekerja anda.
Walaupun mencari pekerjaan itu tidak mudah, ia tidak bermaksud ia perkara yang mustahil untuk anda mendapatkan pekerjaan.
Mana tahu, dalam anda mencari pekerjaan tiba-tiba anda mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara. Dengar macam mustahil kan? Tapi percayalah bahawa ia boleh berlaku.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Tiktok, Asma, dia telah berkongsikan cara untuk mendapatkan pekerjaan di Riyadh, Arab Saudi.
Cara Apply Kerja Di Saudi
Berdasarkan video yang dikongsi olehnya, dia sebenarnya tidaklah membuat permohonan untuk bekerja di Riyadh. Sebaliknya, dirinya itu telah didekati oleh recruitment manager dari Hotel Hilton Riyadh.
Menurutnya, pada mulanya dia mempunyai rasa takut dan ragu-ragu kerana menganggapnya sebagai sebuah scam. Jadi cara pertama yang dikatakan olehnya adalah untuk memastikan kesahihan profil orang yang mendekati anda dengan tawaran bekerja itu.
“Kalau dapat tawaran macam tu, lebih baik periksa profil dia betul-betul, pastikan profil itu benar,” katanya dalam video tersebut.
Dalam perkongsiannya, dia menjelaskan bahawa dirinya itu didekati oleh recruitment manager hotel tersebut kerana mereka telah melihat akaun LinkedIn miliknya dan mendapati bahawa dirinya itu mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan pekerjaan yang ditawarkan.
Jadi, cara yang kedua berdasarkan video itu adalah untuk memastikan anda aktifkan akaun LinkedIn anda.
“Rajin-rajinlah kemaskini akaun LinkedIn. Aktifkan LinkedIn tu. Apa yang anda buat dekat tempat kerja korang, pos je,” jelas Asma.
Menurutnya, kita semua tidak akan mengetahui bila masanya seorang recruitment manager sedang mencari pekerja baru. Jadi, sebab itulah anda perlu rajinkan diri anda untuk sentiasa mengemaskini akaun LinkedIn anda itu.
Selain itu, dia turut menasihati agar rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Saudi untuk memastikan terlebih dahulu pekerjaan yang ada di Saudi itu. Ini kerana, hanya beberapa pekerjaan saja yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia untuk bekerja di situ.
Itulah antara cara-cara memohon kerja di Saudi yang telah dikongsikan oleh Asma dalam videonya itu.
@asmakaryajauh Replying to @user4313363330714 inilah cerita ringkas tak ringkas mcm mana saya boleh dpt kerja dekat Riyadh, Saudi Arabia ni. Lepas dpt offer tu mcm2 lg kena buat tau! Next time kita sambung cerita Part 2 ye #kerjaluarnegara #saudiarabia #malaysianinriyadh #lifeinsaudiarabia #lifeinriyadh #hiltonriyadh
Sumber: asmakaryajauh via TikTok
BACA JUGA: Dijadikan Kuih Terbaik Di Dunia, Karipap Dapat Tempat Ke-5!