Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Kongsi Cara Simpan Santan Agar Tahan Lama

santan
Kredit: @noridarashid via Threads

Wanita Kongsi Cara Simpan Santan Agar Tahan Lama

Tidak dinafikan, santan merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam masakan rakyat Malaysia. Terutama untuk menyediakan gulai, kari, masak lemak, rendang dan banyak lagi.

Tapi, ramai yang berdepan masalah apabila membeli santan dalam kotak bersaiz besar tetapi hanya menggunakan sedikit sahaja.

Baki santan pula disimpan di bahagian "chiller" peti sejuk dan akhirnya cepat masam sebelum sempat digunakan semula.

Bagi mengelakkan pembaziran, seorang pengguna Threads @noridarashid tampil untuk berkongsi satu cara mudah yang boleh dipraktikkan di rumah.

Bekukan santan dalam plastik aiskrim

Menurut perkongsian @noridarashid, baki santan tidak perlu terus disimpan di bahagian chiller jika tidak digunakan dalam masa terdekat.

Sebaliknya, tuangkan santan ke dalam plastik aiskrim, kemudian ikat setiap bahagian seperti menyediakan aiskrim sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.

Dengan cara itu, santan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil yang lebih mudah digunakan mengikut keperluan.

Mudah digunakan ketika memasak

Apabila ingin memasak gulai atau hidangan lain, @noridarashid menasihatkan agar anda mengambil satu batang santan beku yang sudah dimasukkan dalam plastik aiskrim dan memasukkannya terus ke dalam masakan.

Namun begitu, dia juga mengingatkan agar anda tidak lupa untuk mengeluarkan santan daripada plastik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

"Nanti masak gulai, masukkan je sebatang. Jangan masuk dengan plastik pula. Setakat ni berbulan pun elok je," tulisnya.

Menurutnya, kaedah itu membolehkan santan disimpan selama berbulan-bulan di dalam peti sejuk beku tanpa mudah rosak atau menjadi masam.

Kredit: @noridarashid via Threads

Elak pembaziran santan

Selain menjimatkan, @noridarashid turut menjelaskan bahawa kaedah ini juga membantu mengelakkan pembaziran kerana anda hanya menggunakan kuantiti santan yang diperlukan bagi setiap hidangan.

Difahamkan, ia juga memudahkan proses memasak kerana santan telah siap dibahagikan kepada bahagian kecil dan tidak perlu dinyahbekukan dalam jumlah yang banyak.

Jika anda kerap menggunakan santan tetapi dalam kuantiti sedikit, tip mudah ini mungkin boleh dijadikan amalan.

Selain memastikan santan tahan lebih lama, ia juga membantu menjimatkan perbelanjaan dapur dan mengurangkan pembaziran makanan.

Sumber:Threads