Siakap Keli
resipi ayam masak bawang
Gambar: Che Sayang Kitchen via TikTok

Masak Dekat Rumah Pun Boleh, Ni Resipi Ayam Masak Bawang Ala Mamak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masak Dekat Rumah Pun Boleh, Ni Resipi Ayam Masak Bawang Ala Mamak

Kalau pergi kedai mamak tak sah kalau tak ambil ayam goreng kan? Memang sedap jika dimakan bersama nasi kandar atau maggi goreng. Tambah pula dapat ayam yang baru digoreng, memang tak pandang kiri kanan dah.

Selain ayam goreng, ayam masak bawang juga antara menu yang menjadi pilihan ramai ketika menjamu selera di restoran mamak. Rasa kari, manis bawang serta aroma daun pandan yang meresap ke dalam isi ayam mampu menaikkan selera sesiapa.

Anda mungkin rasa resipi ini agak susah, tetapi ia sebenarnya agak senang untuk dimasak. Jadi hari ini, min nak kongsikan resipi Ayam Masak Bawang.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen di bawah ini.

Bahan-Bahan

Sebelum mula memasak, anda perlu sediakan bahan-bahan terlebih dulu.

Bahan utama resipi ini adalah seekor ayam. Pastikan ayam itu dipotong dengan saiz kecil mengikut kehendak masing-masing.

Untuk bahan kisar, sediakan sebiji bawang merah, lima ulas bawang putih dan sedikit halia.

Bahan-bahan yang lain adalah rempah empat sekawan (kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang), daun kari, daun pandan, dua sudu besar serbuk cili dan dua sudu besar serbuk kari daging.

Selain itu, anda juga perlukan  sebiji bawang merah, setengah sudu serbuk jintan manis, setengah sudu serbuk ketumbar, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam, sehelai daun pandan, sehelai daun kari dan akhir sekali gula merah.

BACA: Wanita Kongsi Resipi Ayam Goreng Mamak “Homemade”, Bikin Ketagih

Cara-Cara Memasak Ayam Masak Bawang

Mula-mula gorengkan ayam separuh masak. Selepas ayam digoreng, anda boleh letakkan di tepi dulu.

Kemudian, kisar bahan-bahan sebiji bawang merah, lima ulas bawang putih, sedikit halia dan air bagi memudahkan proses mengisar. 

Seterusnya, hiris sebiji bawang (jangan terlalu besar) dan campurkan bersama sedikit tepung jagung. Gaul rata dan goreng dengan minyak yang panas sehingga garing.

Guna minyak yang sama untuk menumis rempah empat sekawan, daun kari dan sehelai daun pandan (disimpul). Tumis sehingga naik bau atau bertukar kepada warna keperangan kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

Bila sudah sedikit garing, anda boleh masukkan dua sudu besar serbuk cili, dua sudu besar serbuk kari daging, setengah sudu serbuk jintan manis, setengah sudu serbuk ketumbar. Gaul rata dan masak sehingga pekat.

Anda boleh tambahkan sedikit minyak sekiranya ia kering. Setelah itu, masukkan air serta gaul sehingga pecah minyak.

Langkah yang seterusnya adalah masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan gaul sehingga sebati.

Kemudian masukkan sedikit gula merah dan garam secukup rasa. Seterusnya, masukkan ayam yang sudah digoreng. Anda perlu gaul sehingga sebati sekali lagi dan tabur bawang goreng tadi.

Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Senang kan? Selamat mencuba.

@chesayang_kitchen

Episod 168 | Resepi Ayam Masak Bawang | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh 👉🏻 Bahan kisar – Bawang merah, bawang putih , halia Bahan Tumis & Lain2 – 1kg Ayam Yang Digoreng – Rempah 4 sekawan – Daun kari & daun pandan – 2 sudu besar serbuk cili – 2 sudu besar serbuk kari daging – 1/2 sudu serbuk jintan manis – 1/2 sudu serbuk ketumbar – Sos cili & sos tomato – Sos tiram – Garam & gula merah – Bawang goreng #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #ayambawang #mamak #ForYouMalaysia

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Sumber: Che Sayang Kitchen via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.