Siakap Keli
kenyataan rasmi lembaga pengampunan
Kredit BERNAMA

‘Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Lembaga Pengampunan’ – Dr Zaliha

Najib Bebas, Sudah Dapat Pengampunan Daripada Lembaga Pengampunan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan, lapor Awani.

Difahamkan, Dr Zaliha turut terlibat sama dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan Najib dikatakan telah berlangsung semalam namun enggan mendedahkan keputusannya.

“Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar Mailis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (Draf PTKL2040) di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, salah satu agenda terpenting dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan perbincangan pembebasan Najib Razak.

Pun begitu, Dr. Zaliha berkata maklumat lanjut tentang agenda mesyuarat tersebut tidak didedahkan memandangkan ia adalah perkara sulit.

Berita lanjut menyusul.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.