Kumpul 176 Mata, Liga Malaysia Di “Ranking” Ke-87 Dunia
Liga Malaysia (Liga-M) berada di kedudukan ke-87 dunia dalam senarai liga terbaik dunia 2023.
Dalam data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) pada minggu lalu menyaksikan liga tempatan itu berjaya mengumpul 176 mata.
Jatuh Tiga Anak Tangga

Bagaimanapun, pencapaian itu sedikit merudum dengan Liga-M jatuh tiga anak tangga berbanding tahun lalu di kedudukan ke-84 dunia.
Di peringkat ASEAN, liga Thailand menjadi liga terbaik selepas mengumpul 241.5 mata di kedudukan ke-76 dunia, diikuti Indonesia dengan 148.75 mata terkumpul di kedudukan ke-94.

Liga Itali Terbaik Dunia 2023

Dalam pada itu, seluruh dunia juga tertumpu kepada Liga Itali (Serie A) apabila diangkat sebagai liga terbaik dunia 2023 oleh IFFHS.
Pengiktirafan itu menyaksikan Serie A sekali lagi membuktikan sebagai liga terbaik di dunia buat kali ke-12 dalam sejarah ranking tahunan IFFHS sejak diperkenalkan pada tahun 1991.
BACA: Sultan Ibrahim Dijadual Angkat Sumpah Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Hari Ini
Liga itu berjaya meraih pungutan mata sebanyak 1619.5 diikuti Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ke-2 dengan 1567 mata. Ia menyaksikan liga England itu sekali lagi berada di kedudukan ke-2 buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun.
Sementara Liga Sepanyol, La Liga menduduki tempat ketiga dengan pungutan mata 1447 bagi tahun 2023. Manakala liga Brazil sebagai liga terbaik tahun lalu jatuh ke tangga ke-4 dengan hanya mengumpul 1290.5 mata. Di tangga ke-5 adalah Liga dari Jerman, Bundesliga dengan 1282.75 mata.
Korea Liga Terbaik Di Asia
Liga Korea Selatan (K-League) terus mendominasi liga terbaik Asia sejak 2011 dan berjaya mengumpul 484.5 mata pada tahun ini.
Dalam statistik tersebut, K-League tersenarai di kedudukan ke-31 dunia, iaitu dua tangga atas berbanding Liga Arab Saudi (Saudi Pro League) dan Liga Jepun (J- League) di tangga ke-39 dengan 438.5 mata.
Sumber; IFFHS