Siakap Keli
132 tahanan rohingya imigresen
Kredit: Sinar Harian

132 Tahanan Rohingya Lari Dari Depoh Tahanan Imigresen

132 Tahanan Rohingya Lari Dari Depoh Tahanan Imigresen, Satu Disahkan Maut Dalam Kemalangan

Seramai 132 tahanan etnik Rohingya dilapor telah melarikan diri daripada Depoh Tahanan Imigresen Bidor pada Khamis, semalam.

Difahamkan, semua tahanan yang berada di depoh tahanan imigresen itu merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kejadian yang membabitkan tahanan di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu dipercayai berlaku sekitar 9.50 malam.

Susulan itu, Op Tutup telah mula dijalankan di beberapa kawasan, termasuk Muallim bagi menjejaki mereka.

Antara tindakan yang dilakukan pihak berkuasa sewaktu operasi ini adalah sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan yang terlibat.

Dalam pada itu, salah seorang daripada mereka dilaporkan maut dalam kemalangan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor baru-baru.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi pihak media berkenaan insiden itu.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Menyepi Sejak 2015, Friendster Bakal Kembali?

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma