Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemilik tanah terbesar dunia
Kredit: AFP

Ini Rupanya 5 Pemilik Tanah Terbesar Di Dunia

Athirah

Ini Rupanya 5 Pemilik Tanah Terbesar Di Dunia

Memiliki tanah sendiri merupakan impian setiap manusia yang masih bernyawa. Pelbagai pembangunan boleh di buat di atas tanah sendiri, seperti membina rumah atau dijadikan aset pelaburan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kategori tanah yang biasa kita dengar iaitu tanah milik persendirian dan tanah milik kerajaan.

Tanah-tanah ini pula berselerak di merata tempat dan di seluruh dunia. Ada kawasan ladang yang boleh dibangunkan, ada juga tanah di kawasan tasik serta bukit dan sebagainya.

5 pemilik tanah terbesar di dunia, siapa gerangannya?

Namun begitu, pernah tak anda terfikir siapakah pemilik tanah terbanyak di atas muka bumi ini?

Adakah tanah-tanah tersebut milik organisasi tertentu, keluarga berpengaruh, ahli perniagaan berjaya, ahli politik terkemuka, atau siapa?

Menurut laporan yang dibuat oleh Madison Trust, terdapat lima pihak yang dipercayai menjadi pemilik tanah terbanyak di dunia.

5. Orang Inuvialuit di Wilayah Penempatan Inuvialuit di Kanada

Menurut Madison Trust Company, ditangga kelima adalah orang Inuvialuit iaitu pemilik Wilayah Penempatan Inuvialuit di Kanada.

Berkeluasan lebih 22 juta ekor, wilayah berkenaan merupakan kawasan khas yang disediakan oleh kerajaan Kanada pada 1984 untuk orang Inuvialuit.

Wilayah Penempatan Inuvialuit merangkumi beberapa kawasan, termasuk tanah-tanah di utara Yukon dan barat laut Wilayah Barat Laut.

4. Gina Rinehart

Gina Rinehart merupakan antara wanita paling kaya di dunia dan dinobatkan sebagai individu terkaya Australia daripada tahun 2011 hingga 2015.

Beliau terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan antaranya perlombongan dan memiliki aset lebih USD 30 bilion.

Antara aset yang dimilikinya adalah hartanah seluar 23 juta ekar yang kebanyakan merupakan kawasan hutan dan ladang ternakan lembu.

3. Orang Inuit di Nunavut, Kanada

Selain orang Inuvialuit, kerajaan Kanada turut memperuntukkan kawasan khas untuk orang Inuit.

Menurut Madison Trust Company, orang Inuit merupakan pemilik tanah di Nunavut yang berkeluasan kira-kira 87 juta ekar.

Tanah-tanah berkenaan diperolehi berdasarkan Akta Perjanjian Tuntutan Tanah Nunavut 1993.

Berdasarkan akta itu, kerajaan Kanada dan kerajaan Wilayah Barat Laut bersetuju memberikan hak milik kepada orang Inuit ke atas wilayah berasingan yang dipanggil Nunavut.

Ia merupakan penyelesaian tuntutan tanah terbesar dalam sejarah Kanada.

2. Gereja Katolik

Madison Company Trust kemudian menyenaraikan Gereja Katolik sebagai pemilik tanah kedua terbanyak di dunia.

Gereja Katolik memiliki tanah seluas 177 juta ekar di serata dunia meliputi kawasan-kawasan gereja, sekolah-sekolah dan ladang-ladang pertanian.

Selain itu, Gereja Katolik juga memiliki banyak mercu tanda keagamaan seperti Scala Sancta dan Istana Apostolik.

BACA: Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser, Mula Terima Rawatan

1. Raja Charles III dan Keluarga Diraja British

Di tangga pertama pemilik tanah terbanyak di dunia adalah Keluarga Diraja British.

Raja Charles III dan keluarganya dianggarkan memiliki tanah seluas 6,600,000,000 ekar tanah di seluruh dunia.

Keluarga diraja itu secara teknikalnya menjadi pemilik pelbagai wilayah seluruh dunia yang menyamai kira-kira 1/6 permukaan planet.

Antara hartanah yang dimiliki keluarga ini terletak di United Kingdom, Kanada dan di pelbagai negara lagi.

Sumber: Madison Trust