Siakap Keli
mohon persaraan pilihan
Kredit: Bernama

Rasa Nak Bersara Awal, Ketahui Syarat-Syarat Sebelum Mohon

Rasa Nak Bersara Awal, Ketahui Syarat-Syarat Sebelum Mohon

Berkerja di sektor kerajaan merupakan salah satu impian disebabkan faktor increment dan pelbagai elaun yang ditawarkan.

Dengan ini, ramai yang membuat permohonan untuk berkerja di sektor kerajaan menerusi platform SPA9 secara dalam talian.

Sungguhpun begitu, berkerja dalam tempoh masa yang agak lama di tempat yang sama mungkin menyebabkan seseorang individu berada dalam persekitaran yang sama.

Mereka mula merasa tiada penambahbaikan dan ingin bertukar angin seperti berpindah ke sektor swasta, menceburi bidang perniagaan sepenuh masa dan sebagainya.

Terdapat juga golongan yang ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal disebabkan faktor keluarga seperti berpindah ke luar negara, faktor pertukaran kerjaya seperti menjadi suri rumah sepenuh masa dan sebagainya.

Bagi golongan panjawat awam yang ingin bersara lebih awal dari tempoh ditetapkan, anda sebenarnya boleh buat permohonan persaraan pilihan.

Menurut laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Persaraan Pilihan terletak di bawah Seksyen 12 Akta 227/239.

Syarat-syarat untuk mohon persaraan pilihan

Pemohon perlu merupakan seorang anggota tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan diberi taraf berpencen. Selain itu, pemohon mestilah berumur 40 tahun ke atas dan memiliki tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun.

Ganjaran dan wang gantian cuti rehat khas akan dibayar pada tarikh persaraan pemohon, tidak mengira tarikh lantikan.

Bagi penjawat awam yang dilantik sebelum 12 April 1991, wang pencen akan dibayar pada umur 45 tahun bagi anggota perempuan.

Anggota lelaki pula akan mula mendapat bayaran pencen ketika berusia 50 tahun. Perkara ini termaktub bagi semua jenis penjawat awam kecuali:

1. Pegawai Perkhidmatan Bomba (Gred KB11/KB10)

2. Pegawai Polis (dari Gred Y14 hingga Y7) atau

3. Pegawai Penjara (dari Gred KX12 hingga KX6)

4. Jururawat Hospital Mental

Manakala, penjawat awam yang dilantik selepas 12 April 1991, pencen akan mula dibayar apabila pemohon mencapai umur 55 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan.

Untuk makluman, permohonan persaraan pilihan perlu mendapat sokongan dari Ketua Jabatan dan dikemukakan tiga bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan

Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah bagi penjawat awam Gred 27 dan ke atas sahaja.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma