Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwaan Hilang Duit Lepas Pendaftaran PADU Adalah Palsu – Kementerian Ekonomi

Nurhanis
duit hilang padu
Kredit: Kementerian Ekonomi/Facebook

Dakwaan Hilang Duit Lepas Pendaftaran PADU Adalah Palsu – Kementerian Ekonomi

Kementerian Ekonomi dalam satu kenyataan hari ini mengatakan dakwaan mengenai mesej tular tentang kehilangan duit dari akaun bank selepas pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah palsu.

Difahamkan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kepada guru sekolah di Terengganu.

Menurutnya, mesej tersebut telah menjadi tular di platform media sosial.

“Sekiranya anda menerima mesej seperti gambar yang tertera, maklumat tersebut adalah palsu.

“Selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut di Terengganu.

“Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA),” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik pada Khamis.

Dalam pada itu, Kementerian Ekonomi memaklumkan perkara tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan seterusnya.

“Isu ini telah dipanjangkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

“Berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi,” ujarnya.

Sumber: Kementerian Ekonomi – Laman Rasmi/Facebook