Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2024: Dalam usaha untuk menggilap bakat kepimpinan di kalangan generasi muda, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Siri Program Kepimpinan Muda TH (TH Young Leadership Series 2024) yang melibatkan seramai 88 orang pelajar sekolah menengah daripada serata daerah negeri Selangor.
Program yang turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini telah diadakan selama dua hari bermula 5 Februari 2024 di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ia menghimpunkan pemimpin pelajar dan juga pelajar cemerlang daripada 22 buah sekolah luar bandar terpilih yang mempunyai potensi untuk meningkatkan kemahiran daya kepimpinan melalui pelbagai pengisian yang interaktif dan bermanfaat.

“Sebagai sebuah institusi pengurusan haji negara dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, TH berasa terpanggil untuk menyediakan ruang dan peluang bagi para pemain industri dan profesional daripada pelbagai organisasi yang unggul termasuklah TH sendiri untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka kepada generasi pelapis yang bakal mengemudi sesebuah organisasi mahupun pentadbiran negara pada masa akan datang,” jelas Syed Hamadah.
“TH amat prihatin dan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap sebarang usaha pembangunan generasi muda terutamanya di kalangan pelajar luar bandar yang mungkin lebih memerlukan dari sudut pendedahan serta kemudahan dan kelengkapan pembelajaran agar dapat bergerak seiring dengan kemajuan semasa”, tambah beliau.

Program kali ini telah menampilkan tokoh industri terkenal iaitu Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi Axiata Group Berhad yang berkongsi kepada para peserta mengenai falsafah kepimpinan, kualiti yang diperlukan, cabaran dan pengajaran daripada pengalaman peribadi sepanjang karier beliau.
Para peserta juga telah mengikuti modul pemantapan sahsiah rohani melalui sesi ceramah oleh selebriti televisyen terkenal, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid UNIC.

Di samping itu, kemahiran kepimpinan para peserta turut diuji melalui pelbagai aktiviti berkumpulan yang turut melibatkan Pengurusan Tertinggi TH sendiri.
“Kami berharap inisiatif ini dapat mendedahkan anak-anak muda ini kepada suasana dunia korporat disamping membantu memantapkan kemahiran dan menyemai keyakinan mereka bagi mendepani cabaran masa hadapan dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara, Insya-Allah”, tambah Syed Hamadah.
