Ini Cara Mohon Geran Agropreneur Muda, Bernilai Sehingga RM20 Ribu
Pertanian merupakan salah satu cabang perniagaan yang semakin berkembang dan semakin ramai diceburi anak muda.
Di Malaysia, peluang untuk anak muda meneroka pertanian sebagai satu bidang pekerjaan sememangnya ada ditawarkan oleh kerajaan.
Misalnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mewujudkan program Agropreneur Muda yang menawarkan geran bernilai sehingga RM20,000.
Menurut KPKM, program ini diwujudkan bagi membantu golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
Objektif program ini adalah untuk menarik penglibatan golongan muda untuk menceburi bidang pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.
Cara mohon Geran Agropreneur Muda, mudah sahaja
Permohonan perlu dibuat menggunakan Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda.
Borang berkenaan boleh didapati secara dalam talian di laman web KPKM atau melalui pejabat-pejabat jabatan/agensi di bawah Kementerian.
Senarai borang-borang yang perlu dilengkapkan boleh dimuat turun di sini https://www.kpkm.gov.my/agropreneur-muda?fbclid=IwAR2Uafw2-JGKZ1B-4YCm_2-DDa2Jb_z5rbrHVO6XAJXtC7SdYcM8EOA-9fM
Geran akan diberi dalam bentuk barangan bernilai RM20,000
Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksimun RM20,000 per individu dan tidak tidak perlu dibayar balik.
Dalam pada itu, khidmat nasihat teknikal dan latihan juga akan diberikan kepada pemohon yang layak dan melepasi tapisan.
Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif akan diberikan bersesuaian dengan program-program yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi syarikat yang dilantik.
Program ini juga akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan dan agensi di sepanjang tahun.
Layari laman web KPKM untuk maklumat lanjut
Bagi pemohon yang berminat, anda boleh layari laman web KPKM untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.
Dengan melayari laman web KPKM, semua maklumat berkenaan program ini dari A-Z ada disediakan untuk membantu memudahkan anda untuk membuat permohonan.
Jangan lupa mohon ya. Semoga geran ini dapat membantu mengembangkan perniagaan anda.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu