Siakap Keli
bayi baru lahir maut dalam kebakaran
Sumber: Bernama

Bayi Temui Ajal, Ibu Tak Sengaja Letak Dalam Ketuhar

Bayi Temui Ajal, Ibu Tak Sengaja Letak Dalam Ketuhar

Seorang bayi di Missouri, Amerika Syarikat dilapor meninggal dunia selepas ibunya tidak sengaja meletakkan mangsa di dalam ketuhar untuk tidur.

Menurut ABC News, kejadian berkenaan didedahkan oleh seorang pendakwa raya pada Sabtu lepas.

Susulan itu, ibu mangsa yang berasal dari Kansas City berdepan dengan pendakwaan kesalahan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, polis telah mengesahkan kejadian itu berlaku pada petang Jumaat dan bayi itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernafas.

Menurut kenyataan polis, bayi itu maut di tempat kejadian dengan kesan melecur ditemui pada badan mangsa.

Bayi temui ajal, ibu tak sengaja letak dalam ketuhar

Dalam kenyataan yang sama, seorang saksi memberitahu ibu bayi itu tidak sengaja meletakkan mangsa dalam ketuhar, bukannya katil bayi, untuk tidur siang.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana kesilapan itu boleh berlaku sehingga menyebabkan mangsa terkorban.

Sementara itu, seorang pendakwa raya ketika mengulas kejadian itu menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Kami terkejut dan bersedih dengan tragedi kehilangan nyawa ini.

“Kami percaya, sistem keadilan jenayah akan bertindak balas sewajarnya bagi menangani kes tersebut,” katanya.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Tertekan Bayi 9 Bulan Tak Pandai Merangkak, Ibu Bunuh & Buang Anak Dalam Sungai

Terdahulu, gara-gara tertekan diejek kerana tidak mampu merangkak, seorang ibu bertindak membunuh dan membuang bayi sendiri berusia sembilan bulan ke dalam sungai.

Menurut portal Tribun News, kejadian berkenaan dilapor berlaku di Desa Padasuka, Kecamatan Lunyuk, Indonesia baru-baru ini.

Motif pembunuhan itu dipercayai berlaku kerana suspek berasa jengkel dengan perkembangan bayinya yang tidak boleh merangkak seperti kanak-kanak lain.

Hasil maklumat penduduk, suspek dikatakan pernah mengalami kemurungan sebelum berkahwin. Situasinya dikatakan bertambah baik selepas mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, selepas mendapat zuriat, keadaan bayinya menyebabkan mangsa sering diejek oleh penduduk setempat.

Apa yang berlaku kemudiannya menyebabkan suspek menjadi tertekan dan fikirannya terganggu.

Sumber: ABC News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.