Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dr Muhamad Akmal Letak Jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka

Gambar: Fb UMNO Online

Dr Muhamad Akmal Letak Jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai Exco berkuat kuasa minggu depan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan disandangnya ketika ini susulan gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

Sumber: Bernama