Siakap Keli
cara simpan sayur camping
Kredit: Umiey Acom Via TikTok

Cara Mudah Simpan Sayur, Tahan Lama & Senang Nak Bawa “Camping”

Cara Mudah Simpan Sayur, Tahan Lama & Senang Nak Bawa “Camping”

Aktiviti berkhemah atau camping bersama keluarga atau kawan-kawan sudah menjadi satu trend bagi rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan atau pada hujung minggu.

Biasanya, minat masyarakat untuk berkhemah tertumpu pada kawasan terpencil seperti di kawasan hutan, air terjun dan tepi-tepi pantai.

Selain menghilangkan tekanan, ramai orang gemar menikmati keindahan dan ingin mengelak dari hiruk pikuk di bandar.

Cara simpan sayur, tahan lama masa nak bawa pergi camping

Biasanya aktiviti popular yang dilakukan oleh orang ramai semestinya barbeku atau stimbot.

Hidangan yang tipikal termasuk hirisan daging, sayur-sayuran, makanan laut dan lain-lain mampu menaikkan selera sesiapa sahaja semasa berkhemah.

Tetapi, kadang kala sayur-sayuran boleh menjadi layu dengan cepat sekiranya tidak disimpan dengan betul.

Justeru, SK hari ini ingin berkongsi tip menyimpan sayur-sayuran agar tahan lama semasa berkhemah.

Hanya menggunakan barang yang senang didapati

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@Umiey Acom).

Menerusi video tersebut, apa yang diperlukan hanyalah beg ziplock sahaja.

Mula-mula, isi beg ziplock berkenaan dengan sayur. Anda tidak perlu zipkan beg berkenaan buat masa ini.

Seterusnya, letak beg berkenaan dalam bekas berisi air. Air yang diisi dalam bekas berkenaan cukup sekadar untuk menenggelamkan bahagian beg tersebut sahaja.

Namun, pastikan air tidak terlalu banyak sehingga memasuki beg ziplock berkenaan pula.

Seterusnya, tolak angin keluar dari beg ziplock secara perlahan-lahan sehingga fizikal beg menjadi kecut.

Selepas itu, zipkan beg ziplock berkenaan dengan sempurna. Selepas itu, beg berkenaan kelihatan seperti baru divakum.

Teknik ini bukan untuk berkhemah sahaja

Teknik berkenaan juga mungkin boleh digunakan jika anda ingin meninggalkan rumah untuk beberapa hari.

Sayur-sayur yang disimpan mungkin dapat bertahan sehingga anda kembali semula.

BACA: Dah Sebulan Pun Masih “Fresh”, Lelaki Kongsi Tip Simpan Lemon Supaya Tahan Lama

Sayur-sayuran tidak mampu bertahan lama walaupun sudah disimpan dalam peti ais, jadi ia akan menjadi satu pembaziran jika sayur yang dibeli terpaksa dibuang begitu sahaja.

Dengan teknik yang mudah ini, anda tidak perlu pening kepala untuk keluar bercamping atau ke mana-mana sahaja.

@umieyacom0

tips sayur tahan lama waktu camping…Guna Air Paip je… #camping

♬ Rejeki Takkan Kemana – Coconuttreez

Sumber: TikTok Umiey Acom

Athirah

When nothing goes right, go left.