Siakap Keli
dua penumpang dan seorang juruterbang
Kredit BERNAMA

Pesawat Ringan Terhempas Dinaiki Dua Penumpang Termasuk Juruterbang

Pesawat Ringan Terhempas Dinaiki Dua Penumpang Termasuk Juruterbang

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas di Kapar, Klang sebentar tadi.

Menurut CAAM, pesawat dengan nombor pendaftaran I-P00C itu dikendalikan oleh Air Advanture Flying Club.

Pesawat malang berkenaan dilapor berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira 1.28 untuk penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1:35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, CAAM mengesahkan pesawat itu dinaiki dua penumpang termasuk seorang juruterbang.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Susulan kejadian itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Menurut CAAM, kejadian berkenaan disiasat mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Terdahulu, orang awam berkongsi beberapa video yang merakam detik-detik dipercayai ketika pesawat malang itu terhempas.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan serpihan-serpihan pesawat tersebut juga menjadi tular.

Sumber: X/CAAM

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka