Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Helikopter Bawa Lima Penumpang Terhempas Berdekatan Long Lellang STOLport

Helikopter
Kredit: Bernama/Orang awam

KUCHING, 8 Sept (Bernama) -- Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) kira-kira 929 kilometer dari Kuching, hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

“Helikopter yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang itu sedang menjalankan operasi penerbangan Flying Doctor Service.

“Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” menurut kenyataan itu.


Intipati
  • Helikopter BO-105 membawa lima orang termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport.
  • CAAM menerima maklumat kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.
  • AAIB di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan mengikut peraturan penerbangan awam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan