Siakap Keli
prabowo menang indonesia
Gambar: Bertrand Guay/AFP

PEMILU 2024: Kiraan Pantas Menunjukkan Prabowo Subianto Mendahului

PEMILU 2024: Kiraan Pantas Menunjukkan Prabowo Subianto Mendahului

JAKARTA, 14 Feb. (Bernama-Xinhua) — Calon presiden Prabowo Subianto berkemungkinan memenangi pemilihan presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 Indonesia berdasarkan kiraan pantas atau quick count yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Xinhua.

Kiraan pantas dilakukan oleh sekurang-kurangnya enam badan peninjau selepas pengundian berakhir pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

BACA: Bekas Pramugara Malaysia Saman Singapore Airlines RM6.3 Juta, Dakwa Tergelincir Pijak Minyak

Keputusan menunjukkan Prabowo memperoleh kira-kira 58 peratus undi daripada 90 peratus undi yang dikira manakala dua pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, masing-masing memperoleh kira-kira 25 peratus dan 16.5 peratus undi.

Keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia dijangka dikeluarkan pada pertengahan Mac.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?