Kapsyen TikTok Bahasa Inggeris? Ini Cara Ubah Ke Bahasa Melayu
TikTok hari ini menjadi salah satu aplikasi media sosial yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.
Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila banyak anak muda bercita-cita mahu menjadi pempengaruh atau TikTokers di platform tersebut.
Namun, pengguna aplikasi berkenaan tidak terhad kepada golongan remaja dan belia semata-mata.
Malah, ramai juga mereka yang sudah berumur mampu menghasilkan video kreatif yang meraih jutaan tontonan.
Baru-baru ini, TikTok juga ada melakukan kemas kini terhadap aplikasi tersebut. Bagi pengguna yang sudah mengemaskini aplikasi itu, pasti dapat mengesan ada perubahan yang berlaku.
Salah satu perubahan yang ada adalah kapsyen pada video yang ditonton diterjemah kepada Bahasa Inggeris secara automatik.
Macam mana nak tukar semula atau reset kepada tetapan yang asal?
Disebabkan perubahan itu, pengguna mula mencari cara atau kaedah untuk menukar semula tetapan kapsyen itu ke dalam Bahasa Melayu.
Justeru, hari ini SK nak berkongsi cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menukar semula tetapan kapsyen muat naik anda.
Perkongsian tentang kaedah tersebut terlebih dahulu dibuat pengguna TikTok, @nisa_rinaa yang juga merupakan pengguna aktif aplikasi tersebut.
Menurut Nisa, isu tersebut sangat mudah untuk diselesaikan. Anda cuma perlu pergi ke mana-mana video. Kemudian tekan dan tahan video berkenaan seketika sehingga keluar satu paparan.
“Akan keluar paparan like, settings semua. Tekan dekat bahagian kapsyen dan turn off sahaja untuk yang bahagian terjemahan kepada English,” kongsi Nisa.
Untuk lebih memahami kaedah yang digunakan, anda boleh tonton video perkongsian Nisa tersebut di bawah.
@nisa_rinaa Sekarang ni boleh settlekan dah your captions problem tu HAHAHAA #fyp #fyppp #foryoupage #foryou #fyppppp
♬ original sound – Nisa Rina | Anak Perantau – Nisa Rina | Anak Perantau
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui berdepan dengan masalah yang sama.
Rata-rata yang berdepan dengan masalah tersebut mengakui sukar untuk memahami terjemahan berkenaan. Apatah lagi, terjemahan yang dibuat adalah terjemahan langsung.
Mereka kemudian mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok berkenaan kerana kaedah yang dikongsikan ternyata berhasil.
Semoga bermanfaat. Lepas ini, tiada lagi masalah terjemahan automatik ke Bahasa Inggeris dan anda boleh enjoy semula ‘main’ TikTok.
Sumber: TikTok/@nisa_rinaa