Malaysia Top 3 Paling Ramai Orang “Single” Di Asia Tenggara
Seperti biasa, apabila tiba masanya, setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk berpasangan dan mendirikan rumah tangga.
Di Malaysia, rata-rata menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun, apabila status pekerjaan dan kewangan masing-masing sudah menjadi sedikit stabil.
Namun, tidak dapat dinafikan ada yang jodohnya datang lambat sedikit. Ada juga yang lebih selesa hidup bersendirian tanpa terikat dengan apa-apa komitmen berpasangan.
Malaysia top 3 paling ramai single
Masa yang ada, dihabiskan untuk menggembirakan diri sendiri, sekurang-kurangnya sebelum diri sedia menggalas tanggungjawab yang lebih besar.
Kata orang, kehidupan bujang ini penuh dengan kebebasan. Hendak ke mana-mana tak perlu beritahu dan tak perlu izin sesiapa.
Maka tak hairanlah, ada juga yang memilih untuk hidup bujang kerana tidak mahu dikawal oleh pasangan.
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa hidup bujang mungkin adalah satu pilihan bagi kebanyakkan orang.
Kajian terbaru dari Seasia Stas mengenai individu bujang di Asia Tenggara

Dalam pada itu, Seasia Stats baru-baru ini berkongsi satu dapatan kajian yang dibuat oleh Divisyen Populasi PPB.
Data berkenaan adalah berkenaan Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.
Secara umumnya, data yang dikongsikan oleh Seasia Stats adalah berkenaan peratusan populasi bujang di setiap negara di Asia Tenggara.
Bujang dalam data berkenaan merujuk kepada mereka yang belum berkahwin, berpisah, bercerai atau tidak berkahwin semula.
Agak-agak, berapa populasi bujang di negara kita? Siapa sangka, Malaysia sebenarnya berada di tangga ke-3 paling ramai bilangan individu bujang.
Menerusi perkongsian oleh Seasia Stats, bilangan populasi yang dikategorikan sebagai bujang menjangkau kira-kira 44.68%.
Gambaran statistik itu kemudian meletakkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei di rantau Asia Tenggara.
Menurut data berkenaan, populasi bujang di Filipina adalah sebanyak 49 peratus dan diikuti Brunei sebanyak 44 peratus.
Seasia Stats berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan individu bujang.
Ia termasuk dipengaruhi pendapat mereka tentang ekonomi dan perkahwinan serta keperluan sosial mereka yang bujang.
BACA: Orang Bujang Lebih Ramai Hidap Masalah Mental, Awas 11 Perkara Ini Yang Mungkin Jadi Puncanya
Sumber: Seasia.co