Siakap Keli
Lelaki paut belakang treler
Kredit Tangkap Layar Video Tular

Lelaki Paut Pada Belakang Treler Bergerak Diburu Polis

Lelaki Paut Pada Belakang Treler Bergerak Diburu Polis

Seorang lelaki sedang diburu polis selepas bertindak berpaut pada belakang sebuah treler sedang bergerak di atas lebuh raya, Khamis lalu.

Menurut Sinar Harian, polis mengesan kejadian itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Jumaat, kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Sasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi kelmarin di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke arah Senai.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai tidak menyedari terdapat seorang lelaki berpaut di belakang lori yang dipandunya.

“Pemandu terbabit hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee

Menurut Seng Lee lagi, pemandu lori berumur 36 tahun itu kemudiannya telah hadir ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Seng Lee turut meminta orang ramai yang mempunyai makumat berkaitan lelaki itu untuk segera tampil kehadapan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh terus ke IPD Kulai atau hubungi Pegawai Penyiasat di talian 0167573507.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka